Rooney sertai kelab lamanya semula selepas tinggalkan Manchester United. FOTO AFP
Rooney sertai kelab lamanya semula selepas tinggalkan Manchester United. FOTO AFP
BBC

WAYNE Rooney menyifatkan menjulang trofi bersama Everton ‘akan menjadi kemuncak kejayaan’ selepas menyertai The Toffees daripada Manchester United.

Pencapaian 13 tahun Rooney di United termasuklah lima gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), tiga Piala Liga, satu Piala FA, satu Liga Juara Juara (UCL) dan satu Liga Europa.

Dia mahu Everton memenangi trofi pertama mereka sejak kali terakhir meraih gelaran juara Piala FA pada 1995.

"Kelab bolasepak ini sepatutnya memenangi trofi. Kami mengambil langkah besar untuk cuba memenangi kejuaraan," kata Rooney.

Ditanya apa maksudnya memenangi kejuaraan bersama Everton, Rooney berkata: "Ia akan kemuncak kerana apa saya ingat pada final Piala FA 1995, saya menonton perlawanan itu ketika berusia 13 tahun dan itulah trofi terakhir. Everton sepatutnya menang lebih banyak trofi sejak itu."

Everton, yang berbelanja lebih £90j (RM499 juta) pada musim perpindahan bersetuju mendapatkan tanah di Liverpool untuk membina stadium £300j (RM1.6 bilion)

Rooney yang kembali ke Goodison Park dengan kontrak selama dua tahun berkata: "Dengan stadium bakal tiba ia pasti menjadi detik menarik menjadi pemain Everton player dan menjadi peminat Everton.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Julai 2017 @ 12:37 PM