Wenger (tengah) mahu Ozil (kiri) dan Sanchez terus bersama Arsenal. FOTO AP/AFP
Wenger (tengah) mahu Ozil (kiri) dan Sanchez terus bersama Arsenal. FOTO AP/AFP
Mirror

JUARA Piala FA Inggeris, Arsenal membuat tawaran ‘nekad’ terakhir hari ini untuk mengekalkan Alexis Sanchez dan Mesut Ozil dengan menawarkan kombinasi gaji sebanyak £30j (RM166 juta) untuk satu musim.

Pengurus Gunners, Arsene Wenger berharap ‘perasaan ceria’ menjulang piala itu dan status pencabar utama gelaran akan dapat memujuk dua bintang terbabit untuk terus berada di Emirates.

Arsenal sedia menawarkan Sanchez kontrak lanjutan baru dua tahun dengan nilai melebihi £275,000 seminggu (RM1.5 juta) untuk kekal bersama kelab itu sehingga 2020.

Mereka menawarkan Ozil £280,000 seminggu (RM1.54 juta) untuk terus bersama Arsenal biarpun wakil pemain tengah Jerman itu meminta gaji sebanyak £350,000 seminggu (RM1.9 juta).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Mei 2017 @ 1:53 PM