HARULAZIM (kiri) menyerahkan cenderahati kepada Zulqarnain (dua dari kiri) pada Forum Biodiversiti.
HARULAZIM (kiri) menyerahkan cenderahati kepada Zulqarnain (dua dari kiri) pada Forum Biodiversiti.
HM Digital

Buat pertama kali, Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) bekerjasama dengan Fakulti Sains Universiti Malaya (UM) menganjurkan Forum Biodiversiti, baru-baru ini.

Bertemakan 'Green Conservation for a Sustainable Future' program di Dewan Kuliah 3 Fakulti Sains, universiti itu dianjurkan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-65 (Jubli Nilam) Fakulti Sains, UM.

Pengurus Besar MPOGCF, Hairulazim Mahmud berkata, matlamat program itu untuk berkongsi maklumat dan perkembangan terkini mengenai aktiviti pemuliharaan di ladang sawit kepada ahli akademik dan pelajar universiti.

"Forum Biodiversiti ini turut menumpukan isu berkaitan kemampanan dalam industri minyak sawit di Malaysia," katanya.

Pada masa sama, forum dilaksanakan secara hibrid iaitu secara fizikal yang terhad kepada 200 peserta dan dalam talian melalui aplikasi Zoom dimulakan dengan ucaptama Dekan Fakulti Sains UM, Prof Dr Zulqarnain Mohamed.

Bagi sesi pertama, topik 'Conservation Initiative in Malaysia' menampilkan tiga ahli panel iaitu Pengarah Bahagian Konservasi Ex-Situ, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, Dr Pazil Abdul Patah, Pengarah Bahagian Silvikultur & Pemeliharaan Biologi Hutan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Mohd Ridzuwan Endot dan Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Kemajuan Industri Sawit & Sago, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), Adrian Gires.

Sesi kedua dengan tajuk 'Government Role in Palm Oil Sustainability and Conservation Effort' menampilkan tiga ahli panel iaitu Ketua Unit Ekosistem Gambut & Biodiversiti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Dr Vijaya Subramaniam, Pengurus Kemampanan, Promosi dan Komunikasi (SPC) Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Anthony K Veerayan dan Eksekutif Pemuliharaan MPOGCF, Tengku Abdul Hadi Tengku Md Fauzi.

Manakala sesi ketiga bertajuk 'Sustainable Palm Oil Practice at the Oil Palm Plantation' turut menampilkan tiga ahli panel iaitu Penolong Pengurus Pemuliharaan dan Biodiversiti, Sime Darby Plantation Berhad, Arnina Hussin, Pengurus Besar Kanan Jabatan Teknikal Kelestarian FGV Holdings Berhad, Ilangovan Kanthan dan Pengarah Pentadbiran dan Perhubungan Kerajaan, Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA), Ramzuz Mohd Rashid.

Sesi soal jawab 'townhall' dan ceramah kerjaya diadakan selepas sesi ketiga.

Agensi-agensi dan syarikat yang terbabit turut mengadakan pameran sepanjang program Hari Biodiversiti 2024 berlangsung.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Mac 2024 @ 6:40 AM