SITI Nur Athirah menunjukkan pembungkusan yang dihasilkannya.
SITI Nur Athirah menunjukkan pembungkusan yang dihasilkannya.
Suliati Asri


SERAMAI 30 pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Teknologi Percetakan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam berjaya mempamerkan koleksi masing-masing pada 45 Tetradic Generation Printing Technology Degree Show 2023, baru-baru ini.

'Degree Showcase' adalah acara tahunan untuk pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Percetakan, UiTM Puncak Alam bagi mempamerkan hasil inovasi dan kreativiti setiap pelajar.

Bertemakan TETRADIC, ia bukan bahan bercetak biasa, malah lebih menarik lagi digabungkan dengan inovasi terkini dalam setiap pembungkusan yang dihasilkan untuk syarikat yang dipilih dan sedia ada di pasaran.

Berkonsepkan 'Real Life Product,' pelajar perlu menjalani tiga fasa penting dalam percetakan iaitu bermula dari proses 'pre-press', 'press' seterusnya proses 'post-press'.

Secara keseluruhannya, pameran ini berjaya mengetengahkan kreativiti pelajar dalam menggabungkan pengetahuan asas bidang percetakan dengan teknologi terkini, sekali gus memenuhi kehendak pasaran semasa.

Penyelia projek, Mastura Omar berkata, hasil kerja pelajarnya itu cukup kreatif dan sangat membanggakan.

PELAJAR yang mengikuti 45 Tetradic Generation Printing Technology Degree Show 2023 bersama Penyelia ‘Real Life Project’ bertempat di Galeri Lakeside Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Puncak Alam.
PELAJAR yang mengikuti 45 Tetradic Generation Printing Technology Degree Show 2023 bersama Penyelia ‘Real Life Project’ bertempat di Galeri Lakeside Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Puncak Alam.

"Menerusi projek ini, saya melihat segala tunjuk ajar yang diberi berjaya diaplikasikan sepenuhnya pelajar.

"Subjek ini juga berupaya meningkatkan tahap keyakinan dan ilmu setiap pelajar," katanya.

Mempamerkan projek bertajuk The Creation of a Packaging for Baby Kek Lapis Sarawak, pelajar, Siti Nur Athirah Hishamuddin berkata, pembungkusan memberikan peranan penting terhadap produk dan syarikat.

Katanya, kotak pembungkusan yang baik dapat menjaga produk dan menjadi salah satu medium pemasaran terhadap sesebuah syarikat.

"Oleh itu, untuk projek ini saya mengaplikasi teknologi terkini dengan meletakkan dua jenis inovasi iaitu Augmented Reality Technology (AR) dan QR Code (QR) bagi menambah sesuatu kelainan pada kotak pembungkusan seiring

zaman teknologi terkini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 September 2023 @ 6:30 AM