RADZI ketika lawatan  ke Kolej Vokasional Pasir Puteh, Kelantan. FOTO Facebook Radzi Jidin
RADZI ketika lawatan ke Kolej Vokasional Pasir Puteh, Kelantan. FOTO Facebook Radzi Jidin
Samadi Ahmad


Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) akan memberi pendekatan khusus untuk terus memperkasakan bidang pertanian di Kolej Vokasional (KV) yang berpotensi tinggi dan seiring dengan hasrat kementerian untuk memperkasa pendidikan dalam bidang ini.

Menteri Kanan Pendidikan,Datuk Radzi Jidin berkata, semalam beliau mengadakan lawatanke Kolej Vokasional Pasir Puteh, Kelantan yang merupakan satu daripada KV pertanian di negeri berkenaan.

Menurutnya, lawatan itu bertujuanmeninjau fasiliti serta pengoperasian KV itu yang mempunyai 241 pelajar.

Katanya, KV ini dilengkapi dengan kemudahan dan kelengkapan serta prasarana yang baik bagi memudahkan pelajarmengikuti pembelajaran di bilik darjah mahupun di bengkel.

"Peralatan dan teknologi terkini, khususnya dalam bidang ternakan ruminan dan agroindustri tanaman disediakan di KV inibagi memenuhi keperluan industri serta meningkatkan kebolehpasaran graduan apabila menamatkan pengajian kelak.

"Namun, masih terdapat ruang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan seiring dengan hasrat KPM untuk memperkasakan pendidikan vokasional pertanian yang berpotensi tinggi dan KPM komited melakukan yang terbaik," katanya menerusi Faceebok.

Kolej Vokasional Pasir Puteh menawarkan empatkursus kepada pelajar terdiri dari Agroindustri Ternakan Ruminan, Agroindustri Ternakan Poltri, Agroindustri TanamandanPerakaunan.

Bagi ambilan Sijil Vokasional Malaysia 2022, ia terbuka kepada pelajar lepasan tingkatan tiga tahun semasa dan bagi Diploma Vokasional Malaysia terbuka kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun semasa.

Tamat/.

PUTRAJAYA 9 JANUARI 2022.Menteri Kanan Pendidikan,Datuk Radzi

Jidin (kanan) mengadakan lawatanke Kolej Vokasional Pasir Puteh,Kelantan.Foto/Ihsan Dr Razi Jidin.

From: Samadi

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 January 2022 @ 12:50 PM