Fairul Asmaini Mohd Pilus


SIMPATI terhadap nasib golongan penggunadadah yang tidak diterima masyarakat selepas selesai menjalani rawatan di hospital, mendorongKetua Penolong Pengarah Kanan (HIV/Pengurusan Pesakit Kelamin/Hepatitis C) di Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), DrMahani Nordin @ Kamarudin, 49, menubuhkan rumah perlindungan, Baitul Cakna Lelaki di Terengganu.

Rumah untuk rawatan, jagaan dan sokongan itu ditubuhkan menerusi KomunitiCakna Terengganu (KCT) iaitu pertubuhan bukan kerajaan bagi membantu golongan yang terbabit dengan dadah selain memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak mendikriminasikan mereka.

Ini kerana,pengguna atau penagih dadah biasanya tidak diterimakomuniti lantaran stigma negatif bahawa mereka adalah sampah masyarakat.

Tidak hairanlah jika ramai yang dibuang keluarga, dipinggirkanhingga merempat di tepi jalan tanpa mendapat peluang untuk menjalani rawatan pemulihan sebaiknya.

Menurut Dr Mahani, sebelum inikebanyakan pengguna dadah termasuk pesakit HIV dan AIDS di Terengganu terpaksa dihantar ke pusat rawatan dan perlindungan di sekitar Lembah Klang.

Namun, selepas melihat kekangan yang ada, beliau mula berhasrat untuk menyediakan rumah perlindungan kepada golongan berlenaan.

Kata Dr Mahani, dengan bantuandana kewangan daripadaMajlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) Terengganu,dia akhirnya dapat menubuhkan Baitul Cakna di atas tanah sendiri seluas 0.4 hektar di Ajil, Hulu Terengganu pada tahun 2010.

"Untuk permulaan,hanya empat pengguna dadah ditempatkan di Baitul Cakna itu dan selain rawatan, mereka turut terbabit dalam kegiatan pertanian sebagai aktiviti utama bagi menampung kos penjagaan harian.

KELUARGA yang sentiasa menyokong usahanya.
KELUARGA yang sentiasa menyokong usahanya.

"Pada 2017, Baitul Cakna cawangan kedua dibina di Kampung Pelandan, Hulu Terengganu dan setahun selepas itu, kami membuka cawangan ketiga di Kampung Jambu Bongkok, Marang.

"Penghuni bertukar ganti dan ketika ini, terdapat hampir 70 penghuni di ketiga-tiga rumah perlindungan itu dan semuanya masuk secara sukarela," katanya kepada Harian Metro.

DR Mahani menerimaAnugerah Tun Dr Siti Hasmah Sunway-Yayasan Aids Malaysia (MAF) 2021 pada majlis di ibu negara, baru-baru ini.
DR Mahani menerimaAnugerah Tun Dr Siti Hasmah Sunway-Yayasan Aids Malaysia (MAF) 2021 pada majlis di ibu negara, baru-baru ini.

Anak jati Hulu Terengganu itu berkata, impiannya untuk membantu memperkasakan golongan terbabit tidak akan menjadi kenyataan tanpa sokongan dan bantuan daripada kerajaan negeri terutama Maidam, Jabatan Pertanian,Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), penghulu serta penduduk kampung yang terbabit.

Katanya, meskipun tanpa pengalaman, kini penghuni ketiga-tiga Baitul Cakna sudah mahir dalam kegiatan pertanian sayur-sayuran hasil tunjuk ajar pihak yang terbabit.

"Mereka juga terbabit dalam mengusahakan bengkel jahitan, memproses cili kisar dan telur masin untuk diedarkan ke pasaraya berhampiran.

"Aktiviti pertanian seperti itu bukan sahaja dapat membantu meringankan kos pengurusan malah turut mengisi masa penghuni.

BERSAMA kakitangan jabatannya.
BERSAMA kakitangan jabatannya.

"Ini kerana mereka memerlukan aktiviti bagi melupakan ketagihan yang ada," katanya.

Selepas hampir 11 tahun penubuhan Baitul Cakna, Dr Mahani kini mampu berbangga kerana ia turut menjadi panduan beberapa negeri lain dalam mewujudkan rumah perlindungan untuk golongan itu.

Lebih manis, usaha dan bakti Dr Mahani dalam membantu golongan itu juga turut diiktiraf dan menjadi kebanggaan pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Terbaharu, beliau dianugerahkanAnugerah Tun Dr Siti Hasmah Sunway-Yayasan Aids Malaysia (MAF) 2021 pada Majlis Gala Reben Merah di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menerusi pengiktirafan itu,Dr Mahani membawapulang hadiah wang tunai RM20,000, trofi dan sijil penghargaan.

Mengulas lanjut, Dr Mahani berkata, anugerah itu umpama mimpi kerana bukan pengiktirafan yang dikejarnya selama ini.

"Memang terkejut apabila diumumkansebagai penerima anugerah itu, apapun saya bersyukur dan berbesar hati menerimanya.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu selama ini khususnya Presiden KCT, Amran Ismail, pihakJKNT, Jabatan Pertanian, kerajaan negeri, Maidam, AADK, PDRM dan semua yang terbabit secara langsung atau tidak langsung, "katanya.

Sementara itu, Dr Mahani berkata, beliau bertuah kerana ibu bapa dan keluarga turut memberi sokongan terhadap kerja kemasyarakatan berkenaan.

Kata ibu kepada tiga cahaya mataitu lagi, ibu bapa dan anak-anaknya juga turut berkunjung ke Baitul Cakna jika ada kelapangan.

"Mereka memahami dan sama sekali tidak kisah bergaul dengan mereka.

"Ini kerana mereka yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah sebenarnya tidak boleh disisihkan dan mereka juga sebahagian daripada masyarakat.

"Diharapkan, suatu hari kelak golongan berkenaan dapat kembali menjadi insan bergunakepada agama, bangsa dan negara, " katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Disember 2021 @ 7:00 AM