ANTARA peserta USM.
ANTARA peserta USM.
Suliati Asri


PERPUSTAKAAN Tun Abd Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam menganjurkan 'Library and Information Professional Seminar Innovative Information Management: Towards a Reading Nation' (LibPro 2020), yang disiarkan secara langsung melalui Facebook LibPro - Library and Information Professional Seminar, baru-baru ini.

Seminar ini merangkumi 10 sub topik iaitu Sumber Manusia, Sumber Maklumat, Literasi Maklumat, Negara Membaca, Perpustakaan dan Sains Perpustakaan, Repositori Institusi dan Kandungan Tempatan, Arkib, Rekod dan Muzium, Sains Maklumat, Masa Depan Perpustakaan dan Sains Maklumat dan Kumpulan Minat Khusus.

Ia dimulakan dengan ucapan 'keynote' dari Iris Hsu dengan Topik 'A I & amp; Library: level up research support.'

Kemudiannya diikuti 'sesi pertama & amp; kedua' untuk pembentangan lisan dan sesi ketiga untuk pembentangan poster.

Penerima Anugerah Kertas Kerja Terbaik ialah Mawar Noor Abdullah tampil dengan tajuk 'Success Factor of Web Integrated Library System and Job Satisfaction in Academic Libraries.'

Penerima Anugerah Poster Terbaik pula ialah Nor Azan Ibrahim, Intan Haryati Ibrahim, Wan Emilin Wan Mat Alli, Hasniza Amno, Suzana Abdul Rahman dan Mohd SyibriAfnan Mhd Fakhruddin dengan tajuk [email protected] Pustakawan PTAR, Noor Hidayat Adnan dalam ucapan perasmian penutup percaya

penganjuran seminar LIBPRO 2020 ini menjadi landasan kepada

NOOR Hidayat ketika perasmian seminar itu.
NOOR Hidayat ketika perasmian seminar itu.

peserta selain perspektif baharu dalam dunia kepustakawanan dapat dibincang dan dikongsi bersama.

"Kolaborasi pembentang kertas kerja dan peserta dari pelbagai institusi serta organisasi pasti akan menjana hasil yang boleh dimanfaatkan bersama," katanya.

PESERTA UIAM.
PESERTA UIAM.

Terdapat 12 kertas kerja yang terbabit dalam seminar ini, terdiri daripada lapan pembentangan secara lisan dan empat pembentangan poster. Menariknya, seminar itu disertai seramai 332 peserta dan mendapat 681 tontonan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 November 2020 @ 6:21 AM