AKTIVITI yang menyemai semangat kepimpinan tidak pernah dilepaskan Alif.
AKTIVITI yang menyemai semangat kepimpinan tidak pernah dilepaskan Alif.
Suliati Asri

Baginya, kepimpinan yang baik perlu diterapkan dalam jiwa semua mahasiswa hari ini.

"Ia penting kerana belia hari ini adalah penentu corak pembangunan dan kemajuan Malaysia di masa akan datang," kata Muhammad Alif Zuhaili bin Shafarin, 20, sebaik memulakan bicara.

Dia yang mesra disapa Alif kini menuntut dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Mekatronik, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menegaskan berasa begitu bertuah kerana dapat menimba ilmu sambil menerokai pelbagai elemen kepimpinan melalui aktiviti di universiti.

"Di UniMAP saya bukan sahaja perlu menghadiri kelas dan menyiapkan tugasan setiap subjek yang dipelajari, namun saya perlu cekap membahagikan masa. Apatah lagi saya adalah pelajar tahun akhir.

"Jurusan ini agak mencabar bagi saya kerana ia menguji kemampuan mental dan fizikal kerana selain pembelajaran di kelas serta makmal, saya juga perlu membuat pelbagai ujian lapangan. Jadi, saya perlu cekal, tabah dan bijak membahagikan masa antara akademik dan aktiviti pelajar di peringkat fakulti serta universiti.

SINGLE Terakhir Buat Teman menampilkan duet bersama Hazama.
SINGLE Terakhir Buat Teman menampilkan duet bersama Hazama.

"Apatah lagi jurusan Kejuruteraan Mekatronik memberi penekanan kemahiran teknikal untuk menjadi jurutera yang cekap bagi memenuhi skop pekerjaan dalam bidang industri," katanya.

Antara pencapaian terbaik anak muda itu ialah penerima Anugerah Bestari sebanyak dua kali pada 2018 dan tahun lalu sepanjang pengajian di UniMAP.

Ia adalah anugerah akademik bagi meraikan pelajar yang mendapat Purata Nilai Gred (GPA) 3.2 ke atas.

"Saya juga dinobatkan sebagai Tokoh Kepimpinan bagi Anugerah Tokoh Siswa Diploma UniMAP. Saya terpilih menerima anugerah itu berdasarkan pembabitan aktif di peringkat universiti sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

"Malah, saya berusaha keras menjaga kebajikan dan mengetengahkan suara mahasiswa di universiti. Selaku pemimpin pelajar, saya juga kerap kali memantau aktiviti pelajar melalui program yang dianjurkan.

"Selain membantu mahasiswa bagi kelancaran pelaksanaan program seperti memberi khidmat nasihat dan libat sama dalam aktiviti yang dianjurkan," katanya.

Ketokohan dalam aspek kepimpinan juga membolehkan Alif dinobatkan sebagai Ikon Siswa dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan Diploma atas pembabitan aktif dan pencapaian beliau di UniMAP dari segi akademik, kepimpinan, kesukarelawanan selain aktiviti sukan.

KECEDERAAN adalah perkara biasa yang terpaksa dihadapi atlet MMA.
KECEDERAAN adalah perkara biasa yang terpaksa dihadapi atlet MMA.

Baginya pembahagian masa yang efisien adalah perlu kerana jadual aktiviti dan pelajarannya yang sangat padat sehinggakan terpaksa berjaga malam bagi menyiapakan tugasan dan sebagainya.

"Saya pernah berhadapan situasi dan krisis seperti ini ketika awal tahun ini. Pada ketika itu saya terbabit dengan Kursus Pengurusan Organisasi selain pada masa sama perlu menghadapi ujian pertengahan tahun yang berlangsung pada hari kursus.

"Pensyarah saya mencadangkan supaya saya 'mengawalkan' ujian pertengahan tahun itu dan terpaksa menduduki peperiksaan bagi ketiga-tiga subjek dalam masa satu hari. Ia amat mencabar bagi saya kerana perlu membahagi masa untuk mengulang kaji pelajaran dalam tempoh terhad.

"Keadaan itu menyebabkan keputusan peperiksaan itu kurang memberangsangkan, namun saya belajar sesuatu dari situasi berkenaan dan memperbaiki kesilapan yang dilakukan dalam aspek pembahagian masa," kata Alif lagi yang turut terbabit dalam langkah proaktif bersama pihak universiti di awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti penghantaran pulang pelajar ke kampung masing-masing.

RITA dan Rashidi sebagai pasangan suami isteri.
RITA dan Rashidi sebagai pasangan suami isteri.

Tidak dinafikan dia turut menjadikan tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sebagai idolanya kerana terkenal dengan sikap merendah diri walaupun tersenarai antara individu terkaya di Malaysia.

Alif juga tidak menafikan ibu bapanya adalah tunjang kejayaannya pada hari ini.

"Apabila saya menyatakan hasrat ingin saya berniaga, mereka sanggup mengeluarkan modal dalam jumlah yang agak besar iaitu RM2,000.

"Ibu dan bapa saya sering menasihati saya dalam pelbagai aspek kehidupan khususnya akademik.

"Saya amat berterima kasih kepada bekas guru di sekolah rendah dan menengah, pegawai dan pensyarah di UNiMAP dan rakan-rakan kerana sentiasa menasihati saya dalam setiap keputusan yang dibuat," katanya yang turut mengimpikan bergelar usahawan berjaya dan terus memberikan manfaat orang lain suatu hari nanti.

LATIHAN yang dijalankan untuk meningkatkan stamina, kecergasan dan kemahiran.
LATIHAN yang dijalankan untuk meningkatkan stamina, kecergasan dan kemahiran.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 November 2020 @ 7:01 AM