PENUNTUT YSD Excellence meraikan Hari Kebangsaan ketika lawatan ke Pusat Penyelidikan Bakau di Pulau Carey.
PENUNTUT YSD Excellence meraikan Hari Kebangsaan ketika lawatan ke Pusat Penyelidikan Bakau di Pulau Carey.
Suliati Asri


SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini, semakin banyak organisasi yang lebih menekankan tahap kecekapan pekerja berbanding kelayakan akademik.

Malah, kemahiran insaniah seperti kemahiran kepemimpinan dan penyelesaian masalah secara inovatif juga diambil kira sebagai sebahagian daripada kecemerlangan akademik.

Justeru itu, Yayasan Sime Darby (YSD) melancarkan program YSD THRIVE, sebelum ini dikenali sebagai

Scholarship Development Programme (Program Pembangunan Siswa) dimulakan dengan kursus pembangunan hibrid yang diadakan selama tiga hari, baru-baru ini.

Setiap tahun, YSD menawarkan kira-kira 400 biasiswa dan bantuan kepada pelajar yang layak. Bagaimanapun, hanya lebih kurang 30 biasiswa YSD dalam kategori Kecemerlangan ditawarkan setiap tahun supaya lebih tumpuan diberikan kepada pengembangan penuntut cemerlang untuk menjadi individu lebih serba boleh.

PEMIMPIN-pemimpin Yayasan Sime Darby yang mengambil bahagian dalam sesi perkongsian dan latihan bersama penuntut ketika perasmian Program YSD THRIVE
PEMIMPIN-pemimpin Yayasan Sime Darby yang mengambil bahagian dalam sesi perkongsian dan latihan bersama penuntut ketika perasmian Program YSD THRIVE

Pada masa sama, YSD juga bermatlamat untuk meningkatkan keyakinan penuntut supaya mereka lebih bersedia menghadapi cabaran dalam kerjaya sebagai pemimpin masa hadapan di syarikat-syarikat Sime Darby.

Kursus pembangunan itu mendedahkan pemegang biasiswa pra-universiti dan sarjana kepada modul komprehensif berkenaan strategi penetapan matlamat, pemupukan kepemimpinan dan sinergi dalam pasukan.

Selain modul berkenaan peningkatan produktiviti dan perancangan pembangunan peribadi. Semua penuntut yang terbabit turut menghadiri sesi perkongsian mengenai pengembangan kerjaya bersama beberapa bekas penuntut YSD dan bahagian sumber manusia di syarikat Sime Darby.

SISWA YSD Excellence menanam pokok bakau di Pusat Penyelidikan Bakau di Pulau Carey.
SISWA YSD Excellence menanam pokok bakau di Pusat Penyelidikan Bakau di Pulau Carey.

Seiring dengan tema Malaysia Prihatin sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, penuntut dalam program ini turut terbabit secara langsung dalam menyumbang bantuan kepada golongan kurang bernasib baik dan juga aktiviti pemuliharaan alam sekitar.

Ini termasuk lawatan ke Pulau Carey untuk penanaman bakau di Mangrove Research Centre (MRC) Sime Darby Plantation dan lawatan pendidikan ke Palm Oil Experience Centre (POEC).

Selain mendedahkan penuntut yang terbabit kepada aktiviti khidmat masyarakat, program ini juga bertujuan menambahkan pemahaman mereka berkenaan masyarakat dan alam sekitar supaya mampu menjadi pemimpin kaya dengan sifat terpuji.

Seramai 42 peserta menyertai program itu termasuk penuntut, alumni dan wakil dari syarikat Sime Darby.

Ketua Pegawai Eksekutif YSD Dr Yatela Zainal Abidin, ketika menjalankan aktiviti khidmat masyarakat, pihaknya dapat melihat penuntut daripada pelbagai kaum memberikan bantuan kepada pelajar Orang Asli.

"Inilah yang dimaksudkan istilah keutuhan dalam kepelbagaian, sempena Hari Kebangsaan yang ke-63.

"Program YSD THRIVE ini menawarkan pengalaman pembelajaran yang lebih komprehensif yang direka khas untuk penuntut YSD yang cemerlang atau YSD Excellence Scholars.

SESI maya membabitkan penuntut pada hari pertama Program YSD THRIVE.
SESI maya membabitkan penuntut pada hari pertama Program YSD THRIVE.

"Terdapat dua elemen baharu yang diperkenalkan dan akan tersedia sepanjang tempoh program biasiswa masing-masing - program bimbingan berpotensi tinggi

(high-potential mentorship) dengan alumni dan penuntut ketika YSD serta pengurus di syarikat-syarikat Sime Darby sebagai mentor kerjaya dan akses ke platform pembelajaran atas talian," katanya.

Sementara empat elemen yang sedia ada iaitu latihan kemahiran insaniah yang lebih khusus, kepemimpinan yang berdaya tahan melalui sesi perkongsian, program latihan industri di syarikat-syarikat Sime Darby dan inisiatif sukarela melalui program YSD Huluran Kasih juga diperbaiki untuk mencapai hasil yang lebih mantap.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 14 September 2020 @ 6:05 AM