LADANG organik di Bentong, Pahang.
LADANG organik di Bentong, Pahang.
Mohamad Hussin

Penggunaan bahan kimia termasuk baja dan racun perosak dalam aktiviti pertanian sering merisaukan pengguna yang begitu mementingkan penjagaan kesihatan.

Kesan penggunaan bahan kimia tidak terkawal dalam sektor pertanian bukan saja menjejaskan kesihatan pengguna malah turut memberikan impak kepada pengeksportannya.

Oleh itu, konsep pengurusan ladang organik dalam penanaman dan penghasilan makanan organik secara semula jadi adalah selamat, berkualiti, tidak mencemarkan alam sekitar dan dapat memulihara kepelbagaian ekosistem.

Usaha penanaman dan ternakan organik tanpa menggunakan baja dan bahan kimia terlarang dalam penghasilan bahan makanan dipelopori syarikat Bestari Bersatu Sdn Bhd (Bestari) di bawah jenama anak syarikatnya, DQ Farm Products Sdn Bhd (DQF).

JALAN masuk ke ladang organik dikawal ketat.
JALAN masuk ke ladang organik dikawal ketat.

Pengarah Urusan Bestari Norhana Pettire, 41, berkata, DQF memperoleh sijil organik pertama di Malaysia untuk tanaman dan ayam kampung ternak lepas serta ayam telur ternak lepas.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa berusaha ke arah konsep pengurusan ladang organik bagi memastikan pengguna dapat menikmati makanan dengan selamat walaupun kosnya agak tinggi.

“Konsep pengurusan ladang yang dilaksanakan lebih kepada pertanian lestari yang memanfaatkan penggunaan bahan di persekitaran sebagai sumber nutrien tanaman seperti pengkomposan sisa ladang dan ternakan.

RUMAH Perlindungan Hujan (RPH) turut dibina untuk tempatkan ayam.
RUMAH Perlindungan Hujan (RPH) turut dibina untuk tempatkan ayam.

“Kami hasilkan sendiri kebanyakan bahan semburan antiperosak dan penyakit tanaman menggunakan tumbuhan semula jadi yang terdapat di sekitar ladang.

“Antaranya serai, buah pinang dan pelbagai lagi tumbuhan herba hutan yang mempunyai manfaat untuk melindungi pokok daripada serangan serangga perosak,” katanya yang ditemui di ladangnya di Bentong, Pahang, baru-baru ini.

PERTANIAN lestari memanfaatkan penggunaan bahan di persekitaran sebagai sumber nutrien tanaman.
PERTANIAN lestari memanfaatkan penggunaan bahan di persekitaran sebagai sumber nutrien tanaman.

Norhana berkata, buat masa ini, ladangnya mempunyai kira-kira 20 ayam kampung, 5,000 pokok pisang, 800 pokok durian, 20 pokok dokong, manggis, kuinin, rambutan dan petai.

“Bagi menguruskan ladang organik bukan satu perkara mudah berbanding agrokimia kerana ia memerlukan tenaga manusia yang banyak untuk memastikan hasil pertanian bebas racun perosak mahupun bahan kimia berbahaya kepada tubuh badan dan alam sekitar.

INPUT akuakultur yang mampan rendah.
INPUT akuakultur yang mampan rendah.

“Banyak perkara kami kena buat sendiri dan fikir alternatif lain untuk melawan penyakit tanaman tanpa menggunakan bahan kimia sedia ada.

“Hasil daripada usaha keras itu kami berjaya mengeluarkan hasil tanaman organik yang pertama iaitu durian organik dan tembikai organik,” katanya.

TANAMAN durian secara organik.
TANAMAN durian secara organik.

Menurutnya, semburan bahan kimia secara berterusan untuk mengekalkan kesegaran dan ciri kosmetik buah-buahan serta sayuran menyebabkan berlakunya peningkatan kandungan bahan kimia dalam hasil pertanian.

“Bagi ternakan ayam kampung ia diternak dengan cara belaan bebas dan diberi makan cacing dihasilkan lalat Black Soldier yang diternak sendiri di kawasan ladang.

“Permintaan ayam organik ini sangat tinggi terutama mereka yang mengamalkan amalan pemakanan sihat,” katanya.

LALAT Black Soldier
LALAT Black Soldier

Pencapaian terbaik syarikatnya ialah menerima anugerah Usahawan Penternak Bukan Ruminan Jaya Peringkat Negeri 2009 dan memasarkan ayam kampung berjenama yang pertama di pasaran umum sejak 2001.

NORHANA menunjukkan pokok kantan.
NORHANA menunjukkan pokok kantan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Oktober 2018 @ 12:54 PM