MEMERIKSA anak pokok guarana di tapak semaian yang disita di Baling, Kedah.
MEMERIKSA anak pokok guarana di tapak semaian yang disita di Baling, Kedah.
SAMPEL daun getah.
SAMPEL daun getah.
PENOLONG Pegawai Pertanian BBT Noorohaida Mohd Yunos menggunakan GPS untuk mudahkan pemantauan.
PENOLONG Pegawai Pertanian BBT Noorohaida Mohd Yunos menggunakan GPS untuk mudahkan pemantauan.
Mohamad Hussin

Cubaan menjual anak pokok guarana di negara ini berjaya ditumpaskan Jabatan Pertanian (DOA) selepas menyerbu tapak semaian di sebuah kediaman di Kampung Pokok Setol, Mukim Siong, Baling, Kedah, baru-baru ini.

Difahamkan, biji benih guarana berjaya di seludup masuk melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ditanam di premis berkenaan sejak beberapa bulan lalu.

Wartawan Harian Metro yang mengikuti operasi pengesanan SALB mendapati lebih 30,000 anak pokok guarana dan beberapa bekas berisi biji benih guarana yang belum disemai terdapat di premis berkenaan.

Pemilik kediaman terbabit ketika ditemui mendakwa, tidak mengetahui pokok berkenaan boleh menyebabkan serangan penyakit SALB.

Biji benih atau pokok guarana yang dibawa masuk secara haram ini dirawat menggunakan racun kulat seperti thiophanate methyl, benomyl dan carbendazim.

Ia bagi memastikan kulat yang terdapat pada pokok berkenaan dimusnahkan. Kawasan pokok getah yang terdapat di sekitar tapak semaian guarana itu akan dipantau untuk memastikan tiada simptom penyakit SALB.

Guarana atau nama saintifiknya paullinia cupana adalah tanaman herba yang berasal dari Venezuela dan utara Brazil.

Pokok guarana memiliki daun besar, bunga berkelompok dan dikenali kerana buahnya yang merah manakala saiznya sama seperti biji kopi.

Ia digunakan sebagai diet tambahan dan penambah tenaga yang efektif kerana mengandungi kandungan kafein dua kali lebih banyak daripada kafein yang terkandung dalam biji kopi (lebih kurang 2 - 4.5 peratus kafein biji guarana berbanding 1 - 2 peratus kafein biji kopi).

Tanaman guarana dikatakan memberi hasil yang sangat tinggi berbanding getah dan sawit. Difahamkan, anak pokok Guarana dijual antara RM170 hingga RM300.

INFO

Contoh penyakit yang menyebabkan kegagalan tanaman negara:

• Kemasukan pengorek buah koko (acrocerops cramerella) yang melumpuhkan industri koko negara.

• Kegagalan tanaman betik di dalam negara yang disebabkan penyakit bakteria (erwinia papayae) dan virus (papaya Ringspot Virus). Malaysia dahulunya antara negara pengeksport utama betik di dunia.

• Lumpuhnya industri pisang negara disebabkan penyakit layu bakteria (ralstonia solanacearum, Pseudomonas solanacearum).

• Penyakit citrus greening disebabkan bakteria (candidatus liberibacter asiaticus) memusnahkan tanaman limau madu di negara ini.

• Kemasukan kumbang merah palma (red palm weevil) (RPW) memusnahkan beratus-ratus hektar pokok kelapa, kurma dan pokok palma hiasan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Ogos 2017 @ 12:26 PM