PENGANTIN wanita Palestin berdiri di atas rumahnya yang dirobohkan oleh rejim Israel. FOTO REUTERS
PENGANTIN wanita Palestin berdiri di atas rumahnya yang dirobohkan oleh rejim Israel. FOTO REUTERS
Oleh Nurin Syafiqah Halmi

 

Sesungguhnya orang Mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua-dua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat." (Surah al Hujurat: 49)

Daripada segi amnya, kehidupan sosial membawa maksud kehidupan yang terjadi apabila adanya dua individu atau lebih dalam membentuk suatu kelompok dengan mempunyai istilah sebagai tercetusnya interaksi sosial. Interaksi antara pelbagai segi kehidupan yang sering kita alami dalam kehidupan sehari-hari itu akan membentuk suatu pola hubungan yang saling mempengaruhi sehingga akan membentuk suatu sistem sosial dalam masyarakat.

Walaupun begitu, kehidupan sosial juga boleh menjadi perkara yang membawa kita ke arah kebaikan mahupun keburukan. Kehidupan sosial masyarakat tidak selalunya berjalan lancar kerana sifat masyarakat itu sendiri mempunyai dukungan yang memiliki kepelbagaian kriteria yang ingin dicari dek nafsu yang sentiasa bergejolak ingin sesuatu yang baharu. Ini terjadinya proses sosial yang mempunyai interaksi sosial yang ada. Keragaman kehidupan sosial itu sendiri bergiat mesra apabila dalam struktur masyarakat majmuk yang pelbagai latar belakang, bangsa mahupun agama.

Menurut Islam itu sendiri, kehidupan sosial adalah unsur dalam kehidupan yang bermasyarakat. Daripada segi batiniyah, manusia diciptakan daripada pelbagai naluri apabila mempunyai naluri yang mendorong kepada positif atau negatif.

Naluri yang negatif ini seharusnya dipupuk jika tidak, impaknya mampu membuat manusia itu sendiri tunduk atas hawa nafsu mereka sendiri. Dalam al-Quran telah dijelaskan mengenai naluri manusia sebagai makhluk sosial dan tujuan penciptaan naluri berkenaan: "Kami telah menentukan di antara mereka keadaan hidup mereka di dunia ini dan Kami telah meninggikan sebahagian mereka daripada sebahagian yang lain beberapa darjat, agar sebahagian mereka mengambil manfaat daripada sebahagian lain." (Surah az-Zukhruf: 32)

Rasulullah SAW pula banyak memberikan contoh tingkah laku kehidupan sosial dalam masyarakat. Ketika Nabi Muhammad SAW berada dalam satu majlis bersama sahabatnya, ramai di antara mereka datang dalam kalangan masyarakat bawahan. Seperti Salman al-Farisi, Ammar ibn Yasir dan Suhayb Khabab ibn Al-Arat. Mereka berpakaian sopan, memakai jubah bulu lusuh. Namun begitu, mereka adalah sahabat Nabi yang setia dalam memperjuangkan risalah dan dakwah Islam. 

Ketika berinteraksi, seseorang atau kelompok sebenarnya sedang mencuba atau belajar bagaimana memahami perilaku kelompok atau kelompok sosial lain. Interaksi sosial akan musnah jika pihak yang berinteraksi tidak memahami motif dan makna tindakan sosial masing-masing. Di sini terlihat bahawa Max Weber menyedari bahawa setiap individu perlu memiliki kesedaran bersosial dan saling memahami agar sekelompok orang dapat hidup harmoni serta tertib. 

Disebabkan terdapatnya bangsa yang memiliki kepelbagaian dan perbezaan dalam budaya, adat resam serta kepercayaan adalah suatu gejala sosial yang seharusnya dilibatkan dalam kehidupan sosial. Berdasarkan hal yang demikianlah, pengertian kehidupan sosial selangkah dengan pergaulan hidup manusia daripada pelbagai kelompok yang terbentuknya interaksi sosial yang berbeza dalam kehidupan masyarakat. 

Dalam paradigma sosiologi, perubahan sosial adalah suatu keadaan yang bermulanya stabil kemudian beransur menghilang dan akhirnya stabil kembali. Proses perubahan ini digambarkan dalam bentuk integrasi. Selama waktu integrasi yang dikenal sebagai anomali, manusia akan berada di fasa keraguan mengenai jalan kehidupan apabila menginginkan nilai yang lebih tinggi. 

Disebabkan fasa waktu anomie jangka panjang, muncul dilema, keinginan mempertahankan nilai lama dan ada di antara nilai yang diinginkan melalui ajaran agama dan realitas yang mereka hadapi. Sampai bila agaknya anomie ini terjadi? 

Mengenai proses perubahan yang terjadi dalam kehidupan manusia, al-Quran memandang bahawa perubahan adalah sebuah hadis (ketetapan Allah) yang mesti diterapkan dalam kehidupan manusia di dunia ini. Hal ini terangkum dalam firman Allah Surah Ali Imran ayat 140 yang bermaksud: "Jika kamu (pada perang Uhud) mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itu pun (pada perang Badar) mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu kami pergilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran); dan supaya Allah membezakan orang yang beriman (dengan orang kafir) supaya sebagian kamu dijadikan-Nya (gugur sebagai) syuhada dan Allah tidak menyukai orang yang zalim." 

Hal ini juga dapat dikaitkan dengan tragedi 1947 apabila berlakunya peperangan yang membabitkan umat Islam bersama Israel. Tambahan pula ketika umat Islam sedang asyik menyelami dunia Ramadan dan sekali gus peperangan tercetus tanpa rasa bersalahnya golongan Zionis itu. Berita tentang tindakan agresif ketenteraan yang  Zionis Israel ke Palestin tetap hangat.  Negara dipukul dan rakyat menjadi korban kekerasan. Korban terus berjatuhan kerana perilaku dan pencerobohan. Apa yang perlu dilakukan ketika pemikiran mengambil alih hati dan diracuni oleh keserakahan terhadap dunia yang telah hampir berakhir. Jika situasi ini menjadi salah satu inspirasi rakyat, itu juga adalah rasa solidariti mereka dengan apa yang terjadi pada rakyat Palestin. 

Perubahan sosial manusia ini, setiap perubahan mempunyai impak negatifnya tapi yang penting adalah bagaimana manusia berubah meningkatkan kesedaran.

Setiap transformasi sering kali dimulai dengan kecemasan positif dan akan menjadi dasar kesedaran yang menegakkan naluri baharu lebih baik lagi, termasuk tatapan moral serta tatapan sosial keagamaan. Oleh kerana itu, meskipun aspek lain daripada agama mendorong berubah, tetapi beberapa elemen agama tetap ada pendiriannya.

 

Penulis pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Julai 2022 @ 6:00 AM