GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Mohd Shahrizal Nasir

ALLAH SWT mengurniakan tangan dan kaki untuk manusia melaksana tugas hakiki dalam kehidupan iaitu mencari rezeki yang halal, mengerjakan ibadat, berbuat amal kebajikan sesama sendiri dan memudahkan urusan orang lain.

Kesempurnaan anggota tubuh ini juga menjadi asbab kepada kita semua mudah untuk mencari rezeki yang diredai oleh Allah SWT.

Kita juga dituntut untuk menjaga serta memelihara kepentingan tali silaturahim sesama kita dan ia dinyatakan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim. Saidina Abu Ayyub al-Ansari berkata, sesungguhnya seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: "Wahai Rasulullah, beritahukan kepadaku tentang sesuatu yang boleh memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhku daripada neraka. Lalu Nabi bersabda: 'Sesungguhnya dia sudah diberikan hidayah. Apa yan kamu katakan tadi?" Lalu lelaki itupun mengulangi perkataannya, selepas itu nabi SAW bersabda: "Kamu hendaklah menyembah Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun, mendirikan solat, membayar zakat dan kamu menyambung silaturahim.'"

Ketika lelaki itu berlalu pergi, Nabi SAW bersabda: "Jika dia melaksanakan apa yang aku perintahkan tadi, pastilah dia masuk syurga."

Kewujudan kita di dunia ini tidak lain semestinya meneruskan amal kebajikan dengan setiap pengurniaan nikmat Allah SWT terutama dalam anggota tubuh serta pancaindera.

Setiap daripada kurniaan nikmat ini, kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT kelak setiap apa yang kita kerjakan, anggota berkenaan akan bersaksi di hadapan Allah.

Kaedah untuk mensyukuri setiap kurniaan nikmat ini adalah sentiasa bertakwa kepada Allah SWT dan setiap perbuatan dipandu oleh iman dan ilmu.

Rabu: Menyambung silaturahim perbuatan terpuji

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Julai 2020 @ 9:45 AM