BEG tangan aksesori wajib wanita.
BEG tangan aksesori wajib wanita.
Lizam Ridzuan

Wanita dan beg tangan sememangnya sukar untuk dipisahkan kerana ia antara aksesori wajib yang dibawa ke mana-mana.

Selain sebagai kemudahan menyimpan barangan ia juga mencerminkan personaliti dan gaya hidup seseorang.

Warna, reka bentuk dan jenama juga bagaikan memperlihatkan watak seseorang itu serta sisi lain kewanitaannya.

Malah beg tangan juga antara simbol taraf kehidupan seseorang secara dasarnya kerana aksesori itu untuk yang datang daripada jenama antarabangsa ia bukan pada harga biasa-biasa.

Ayuh, kita lihat beberapa jenis beg tangan dan apakah cerminan personaliti kepada seseorang wanita.

Beg tangan berjenama mewah

• Elegan, berkelas dan berkeyakinan tinggi kerana wanita yang memilih beg tangan berjenama seperti Louis Vuitton, Chanel atau Gucci cenderung untuk mempunyai cita rasa tinggi dan menghargai kemewahan.

• Mereka sering berkeyakinan tinggi dan mahu menunjukkan status mereka selain biasanya mempunyai karier atau perniagaan yang baik.

Beg tote besar

• Praktikal, sibuk dan teratur kerana wanita yang memilih beg tote biasanya adalah mereka yang mempunyai kehidupan aktif serta sibuk.

• Mereka memerlukan ruang yang banyak untuk membawa segala keperluan harian selain menunjukkan mereka adalah individu yang praktikal dan mempunyai jadual yang tersusun.

Beg silang

• Bebas, dinamik dan selesa.

• Mereka mungkin seorang yang dinamik, suka menjelajah dan sentiasa terburu-buru mengejar masa.

Beg clutch

• Bergaya, glamor dan sofistikated kerana beg ini biasanya digunakan untuk acara formal atau yang diadakan pada sebelah malam.

• Wanita yang memilih beg ini mungkin mempunyai sifat yang glamor dan menghargai kemasan terperinci dalam penampilan mereka.

Beg galas (backpack)

• Aktif, kasual dan pengembara serta penggunaan beg galas sering menjadi pilihan wanita yang aktif dan sentiasa bergerak.

• Mereka mungkin mempunyai sifat suka pada aktiviti luar yang aktif dan mengutamakan keselesaan serta fungsi dalam pilihan fesyen mereka.

Warna beg dan personaliti

Hitam

• Lebih terarah kepada gaya elegan, profesional, versatil dan kebanyakan wanita yang memilih beg tangan hitam sering dilihat sebagai individu yang elegan serta profesional.

Merah

• Mencerminkan sifat berani, bersemangat, menarik perhatian dan tampil kontra.

Warna pastel

• Mencerminkan ketenangan, feminin dan romantik. Warna pastel lain seperti 'baby blue' atau merah jambu juga menggambarkan sifat yang santai dan feminin.

Coklat

• Sering menjadi pilihan wanita kerana ia mencerminkan sifat boleh dipercayai dan praktikal. Pilihan selamat bagi mudah disuai padan dengan pakaian yang digayakan selain tidak terlalu kontra.

BEG galas lebih praktikal.
BEG galas lebih praktikal.

Fungsi dan gaya hidup

Wanita bekerjaya

• Perlu mengimbangi kehidupan profesional dan peribadi mungkin memilih beg yang lebih praktikal dengan banyak bahagian tersedia untuk memudahkan pengurusan simpanan barang.

Pelajar

• Perlu memilih beg galas atau tote yang besar untuk kemudahan membawa buku dan alat tulis dengan mudah selain mudah untuk dicapai.

Pengembara

• Beg tangan yang tahan lasak dan praktikal dengan banyak ruang simpanan sering menjadi pilihan wanita yang gemar mengembara dan kebanyakannya lebih kepada jenama aktiviti luar yang kalis air dan reka bentuk lasak.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Jun 2024 @ 6:31 AM