NELISYA mengatkat ilham dari projek bangunan ikonik Stesen Janakuasa Bettersea.
NELISYA mengatkat ilham dari projek bangunan ikonik Stesen Janakuasa Bettersea.
NELISYA membuat banyak kajian menerusi pembacaan sebelum menghasilkan koleksi kapsulnya.
NELISYA membuat banyak kajian menerusi pembacaan sebelum menghasilkan koleksi kapsulnya.
Hafiz Ithnin


BANGUNAN Stesen Janakuasa Battersea atau Battersea Power Station di London hasil daripada pelaburan Malaysia sememangnya begitu ikonik di bandar metropolitan itu.

Malah, projek pembangunan komersial bercampur kini menjadi satu daya tarikan jika berkunjung ke Kota London bagi melihat sebuah bangunan lama yang dibangunkan semula secara moden.

Melihat kepada keunikan Stesen Janakuasa Battersea yang begitu dekat dengan Malaysia, seorang pereka fesyen muda tempatan Nur Nelisya Hazelya Mohd Harunizam, menjadikannya sebagai ilham bagi menghasilkan sebuah koleksi kapsul.

Pada asalnya bangunan menyalurkan bekalan elektrik di seluruh kota London pada tahun 1930 hingga 1980.

Bagaimanapun, ia menjadi usang dan tidak digunakan atas faktor tertentu sehingga Malaysia membelinya dan dibuka kepada umum pada 2022 sebagai sebuah projek komersial bercampur.

"Jadi saya mempunyai pengalaman melawatnya tertarik dengan sejarah bangunan ini secara tidak sengaja. Perkara ini kerana pada awalnya saya ingin bersiar-siar di dalamnya sahaja kerana ia turut mempunyai pusat membeli belah.

"Pada masa sama saya lebih tertarik apabila melihat ia adalah sebuah bangunan yang dimiliki Malaysia. Jadi, saya pasti ia mempunyai daya tarikan yang unik untuk dijadikan ilham sebagai inspirasi koleksi kapsul pakaian yang ingin saya dihasilkan.

MENGIMPIKAN rekaan mampu menembusi pasaran asing.
MENGIMPIKAN rekaan mampu menembusi pasaran asing.

Katanya, dia turut membuat pembacaan dan kajian mengenai projek komersial berkenaan bagi menerbitkan inspirasi berkarya.

Namun ia bukan suatu perkara yang mudah kerana banyak pembacaan perlu dilakukan supaya hasil fesyen itu mempunyai sandaran yang baik dengan inspirasi awal.

"Warna yang dipilih bukanlah 'dialih' secara langsung daripada bangunan itu. Saya hanya menggunakan tidak lebih daripada empat warna. Saya mengikut 'trending' unjuran warna iaitu rona bumi yang boleh dikaitkan dengan perwatakan peribadi yang tidak berapa gemar akan warna yang terlalu cerah.

"Memandangkan koleksi fesyen kapsul ini adalah busana lelaki, saya juga berpendapat bahawa lelaki tidak berapa gemar berpakaian warna cerah. Pemilihan fabrik juga mengambil proses dan masa yang lama untuk mendapatkan hasil bersandarkan sifat bangunan itu," katanya.

KEUNIKAN rekaan yang cuba dipersembahkan Nelisya.
KEUNIKAN rekaan yang cuba dipersembahkan Nelisya.

Malah dia juga menggunakan kaedah cetakan iaitu mengambil gambar bangunan itu dan menekapnya kembali menggunakan persian komputer sebelum dipindahkan kepada kain jenis kapas kanvas.

"Sasaran pemakai koleksi saya adalah seseorang yang tahu mengenakan pakai urban culture dan streetwear dan tidak semestinya di cuaca Malaysia. Ciri-ciri fabrik yang saya gunakan pula adalah tebal.

"Justeru, saya mempunyai impian untuk pakaian ini disarungkan si pemakai dari luar negara terutama golongan pempengaruh atau selebriti antarabangsa yang berperwatakan elegan dan mewah," katanya.

Katanya, utama menyiapkan koleksi ini adalah cara untuk mengawal fabrik berkenaan yang mudah terlerai, ketebalan dan kekerasan kain ini sememangnya begitu sukar untuk dijahit dan dibentuk.

MENGHASILKAN gaya jalanan yang santai dan elegan.
MENGHASILKAN gaya jalanan yang santai dan elegan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Jun 2024 @ 6:20 AM