OPRAH Winfrey
OPRAH Winfrey
Nor ‘Asyikin Mat Hayin


PERJALANAN kehidupan setiap individu berbeza serta disulami dengan pelbagai cerita.

Ada yang terpaksa melalui jalan berliku dan berada pada titik kehidupan paling bawah sebelum berjaya.

Jadikan cabaran itu pemangkin semangat untuk pemerkasaan diri menjadi wanita hebat, berjaya dan disegani.

WM minggu ini berkongsi kisah wanita antarabangsa yang berjaya, tetapi turut melalui ujian getir kehidupan semasa kanak-kanak.

1-Oprah Winfrey

Dilahirkan dalam keluarga miskin di Mississippi, Selatan Amerika Syarikat pada 1954.

Mempunyai sejarah gelap penderaan seksual daripada ahli keluarga dan kenalan keluarganya yang menyebabkannya lari dari rumah pada usia 13 tahun.

Penderaan seksual itu turut mengakibatkan pengacara terkenal ini hamil pada usia 14 tahun, tetapi bayinya meninggal dunia tidak lama selepas dilahirkan.

Oprah Winfrey dianugerahkan biasiswa bagi melanjutkan pengajian ke Tennessee State University.

Selepas penampilan dalam pertandingan ratu cantik tempatan, dia menjadi wartawan televisyen Amerika Afrika pertama di negara itu pada usia 19 tahun.

Kemudian berpindah ke Chicago dan mengadakan program sendiri 'The Oprah Winfrey Show. Kejayaan ini, sekali gus menjadikannya sebagai wanita pertama mempunyai rancangan bual bicara sendiri.

Rancangan ini disiarkan 25 musimdari 1986 hingga 2011. Kemudian mengasaskan syarikat rangkaian televisyen multinasional.

Sejak beralih daripada rancangan bual bicaranya, Oprah Winfrey mengasaskan OWN, Rangkaian Oprah Winfrey.

Nilai kekayaan Oprah Winfrey kira-kira AS$2.5 bilion.

2-Dolly Parton

Dibesarkan dalam keluarga miskin di kawasan terpencil di Appalachia, timur Amerika Syarikat.

Penyanyi, penulis lagu dan aktres berusia 78 tahun ini dibesarkan dalam suasana dikelilingi pemuzik yang membentuk cita-citanya menjadi penyanyi.

Pembabitan enam dekad dalam bidang nyanyian berhasil apabila berjaya memenangi sembilan anugerah Grammy.

Koleksi lagunya penyumbang terbesar kepada kekayaan yang dianggar bernilai AS$150 juta.

Menurut laporan Forbes, jumlah kekayaan bersihnya pada 2022 ialah AS$375 juta.

Pada 2020, Dolly Parton menyumbang AS$1 juta kepada tabung vaksin Covid-19.

HALLE Berry
HALLE Berry

3-Halle Berry

Beberapa tahun sebelum memenangi Oscar, Halle Berry pernah tidur di tempat perlindungan gelandangan kerana tidak tempat tinggal.

Aktres ini bekerja keras kerana ingin berjaya di Hollywood dan mencari perumahan murah sebagai alternatif untuk tempat tinggal.

Perjuangan ketika peringkat awal menjadi aktres membuatkan dirinya seorang yang kuat sepanjang kerjayanya.

4-Sarah Jessica Parker

Aktres dan penerbit televisyen Amerika Syarikat ini dibesarkan dalam keluarga miskin dan ibu bapanya tidak mampu membayar bil elektrik rumah.

Muncul dalam rancangan televisyen pertama pada usia 11 tahun.

5-Celine Dion

Anak bongsu daripada 14 beradik ini dibesarkan dalam keluarga miskin di Kanada.

Keluarganya melalui fasa sukar untuk membesarkan penyanyi terkenal dunia ini dan adik-beradiknya.

Akhirnya, Celine Dion menyedari kebolehan muziknya dan mula membuat persembahan di acara kecil tempatan.

Popularitinya melonjak menerusi lagu hit seperti 'My Heart Will Go On' dan 'It's All Coming Back To Me Now.'

Nilai kekayaan bintang terkenal ini dianggarkan AS$470 juta.

JK Rowling
JK Rowling

6- JK Rowling

Dia pernah berdepan kesempitan hidup dan tidak mampu membayar sewa rumah sebelum menjadi penulis buku Harry Potter.

Bukan itu sahaja, dia turut mengalami fasa kemurungan dan menghadapi beberapa kesukaran lain sebelum berjaya.

Menjadi seorang pengarang buku British paling disayangi sepanjang masa walaupun berhadapan kontroversi transfobik iaitu menentang golongan transgender.

Nilai kekayaan dimilikinya dianggarkan AS$60 juta.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Jun 2024 @ 6:20 AM