BERI kelainan gaya kepada pemakai.
BERI kelainan gaya kepada pemakai.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


EMPAT koleksi rekaan pakaian menarik daripada Poplook mewarnai pilihan untuk digayakan pada pagi lebaran ini.

Koleksi Madura, Kara, Bintang dan Manis masing-masing mewakili personaliti tersendiri yang mampu menawan hati wanita.

Rekaan koleksi Madura misalnya sarat dengan ilustrasi nostalgia raya dalam fabrik bertekstur daripada batik Indonesia.

Ia menterjemah penghargaan kepada seni batik, budaya warisan yang turut dikongsikan dengan negara jiran itu.

Koleksi berkenaan menggunakan 100 peratus fabrik viscose bercetak gabungan motif bunga dan geometri.

Warnanya yang terang juga menyerlahkan lagi coraknya.

Namun, jika mahu warna pakaian yang lebih tenang di hari raya ini, rona merah jambu, lavender dan ungu sesuai dijadikan pilihan.

REKAAN minimal klasik daripada koleksi Manis.
REKAAN minimal klasik daripada koleksi Manis.

Helaian dalam rona coklat, pic dan mustard pula menyerlahkan gaya estetika merendah diri pemakai.

Dalam pada itu, andai berhajat di hati mahu tampil sedondon dengan si kecil tersayang, ada beberapa rekaan menarik disediakan untuk memenuhi keinginan berkenaan.

Selain Madura, koleksi Kara yang diinspirasikan daripada keindahan marmar antik Turki juga tidak kurang menarik untuk dijadikan pilihan gaya lebaran ini.

KOLEKSI Kara yang diinspirasikan daripada keindahan marmar antik Turki.
KOLEKSI Kara yang diinspirasikan daripada keindahan marmar antik Turki.

Rekaan koleksi itu sarat dengan motif bunga-bungaan menarik yang menjadi pilihan ramai untuk digayakan.

Pemilihan rona pastel lembut seperti merah jambu, gangsa, kelabu, lilac dan biru gelap juga menyerlahkan lagi penampilan menawan wanita.

Sementara itu, rekaan minimal klasik daripada koleksi Manis atau fesyen lebih glamor koleksi Bintang pula dapat memberikan kelainan gaya kepada pemakai.

SET baju kurung sifon  dan  baju kurung viscose  dalam rekaan sedondon untuk si kecil.
SET baju kurung sifon dan baju kurung viscose dalam rekaan sedondon untuk si kecil.

Dua koleksi itu dilancarkan awal tahun ini dan mendapat sambutan hangat penggemar fesyen tanah air.

Bagi yang gemarkan rekaan baju kurung moden pula, koleksi set baju kurung sifon dan baju kurung viscose turut menarik untuk digayakan di pagi Aidilfitri nanti.

Apa yang menariknya, koleksi berkenaan juga hadir dalam rekaan sedondon untuk si kecil.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 April 2023 @ 7:01 AM