ANTARA rekaan menarik.
ANTARA rekaan menarik.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


SEMPENA sambutan Tahun Arnab dalam kalendar lunar, jenama terkenal dari Australia, Cotton On menampilkan koleksi terbaharu untuk memenuhi permintaan peminat setianya.

Berbeza dengan edisi sebelumnya, koleksi baharu itu hadir dengan sentuhan elemen menarik, ikon arnab Looney Tunes, Bugs Bunny.

Ia menampilkan pelbagai koleksi pakaian kasual untuk lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang bukan sahaja selesa, malah memenuhi keperluan gaya golongan muda hari ini.

Antara rekaan yang ditampilkan ialah baju-T lengan pendek, baju potongan leher tinggi (turtle neck), seluar kargo, kardigan, beg tote kain, topi dan jaket.

Koleksi berkenaan juga hadir dalam rona ceria yang pasti memeriahkan lagi sambutan Tahun Baharu Arnab.

REKAAN jaket yang selesa dan bergaya.
REKAAN jaket yang selesa dan bergaya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Februari 2023 @ 6:30 AM