KELAHIRAN bayi pramatang dan keguguran adalah risiko virus measles bagi ibu hamil.
KELAHIRAN bayi pramatang dan keguguran adalah risiko virus measles bagi ibu hamil.
RUAM atau tanda bintik merah pada kaki, tangan dan badan kanak-kanak.
RUAM atau tanda bintik merah pada kaki, tangan dan badan kanak-kanak.
Nurul Husna Mahmud


GAGAL memahami sesuatu penyakit dan lebih percaya kepada mitos boleh menjejaskan pesakit mendapat rawatan sewajarnya.

Termasuk dalam kes demam campak atau Rubeola iaitu jangkitan akut pada bayi dan kanak-kanak disebabkan virus measles.

Pegawai Perubatan Swasta Klinik Noura, Dr Nornadia Mizra Mohd Husni berkata, pelbagai 'versi' demam campak yang wujud dalam pemahaman masyarakat umum.

"Pemahaman tepat mengenai demam campak adalah jangkitan virus measles yang menyebabkan pesakit terutama bayi dan kanak-kanak mengalami demam bermula hari pertama sehingga hari ke-12. Batuk dan selesema akan dialami dalam tempoh sama.

"Pada hari kedua atau ketiga pula, tanda ruam atau bintik-bintik merah akan kelihatan bermula dari muka merebak ke seluruh badan.

"Ramai menyangkakan gejala demam campak serupa dengan gejala cacar air selain Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) atau dalam kalangan orang biasa kerap memanggil 'campak keladi.'

"Salah tanggapan ini menyebabkan ibu bapa atau golongan dewasa merisikokan nyawa anak mereka kerana melengah-lengahkankan rawatan," katanya.

Tambah doktor itu lagi, demam campak jauh lebih berbahaya terutama kepada bayi atau kanak-kanak yang tidak mengikuti saranan Program Imunisasi Kebangsaan.

DR Nornadia Mizra
DR Nornadia Mizra

"Walaupun virus measles tidak menyebabkan kematian secara langsung, tetapi komplikasi penyakit ini cukup serius bagi golongan berisiko tinggi terutama bayi dan kanak-kanak rendah imuniti.

"Malah, sejarah demam virus measles di negara ini pernah menyebabkan komplikasi kematian. Ini merujuk kes pernah berlaku pada 2019 membabitkan kematian kanak-kanak masyarakat Orang Asli.

"Punca kematian adalah kanak-kanak terbabit tidak memiliki nutrisi mencukupi selain imunisasi rendah untuk perlindungan daripada serangan virus," katanya.

Komplikasi serius demam campak boleh menyebabkan jangkitan otak atau radang pada selaput otak (meningtis), jangkitan paru-paru (pneomunia) dan jangkitan telinga (ortitis media).

VAKSIN MMR penting pencegahan atau pelindungan kepada bayi dan kanak-kanak.
VAKSIN MMR penting pencegahan atau pelindungan kepada bayi dan kanak-kanak.

Selain itu, virus measles turut menjangkiti ibu hamil pada kelahiran trimester pertama dan tidak pernah mengambil vaksin MMR iaitu kombinasi tiga dalam satu di mana ketiga-tiga antigen daripada campak (measles), beguk (mumps) serta rubella berisiko menghadapi kelahiran bayi pramatang atau keguguran.

Kata Dr Nornadia Mizra, ibu bapa perlu memastikan anak mereka menjalani program imunisasi lengkap bagi pencegahan demam campak kerana tiada rawatan khusus mahupun antiviral bagi merawat pesakit.

"Kadar jangkitan demam campak yang boleh merebak melalui rembesan cecair sama ada ketika batuk, bersin, sentuhan langsung atau menggunakan ruang yang sama dengan pesakit.

"Malah, virus ini masih boleh aktif dalam tempoh dua jam di luar badan apabila disentuh selain masih boleh menjangkiti orang lain.

CACAR air atau ‘chickenpox’ selalu salah faham sebagai penyakit demam campak.
CACAR air atau ‘chickenpox’ selalu salah faham sebagai penyakit demam campak.

"Tidak hairan penyakit ini mudah menjadi wabak apabila ia berjangkit dengan kadar yang sangat pantas," katanya.

Sejak 2016, vaksin ini diberi ketika bayi berusia sembilan bulan. Bagi ibu bapa yang membawa bayi mereka mengunjungi negara membangun seperti Vietnam, Indonesia dan Thailand seawal enam bulan sudah boleh divaksin.

Dalam pada itu Dr Nornadia Mizra turut berkongsi fakta mengenai beberapa mitos berkait dengan penyakit terbabit. Antaranya:

JEMUR pada cahaya matahari bimbang boleh menyebabkan pesakit dehidrasi.
JEMUR pada cahaya matahari bimbang boleh menyebabkan pesakit dehidrasi.

1.Pesakit bayi atau kanak-kanak yang mengalami demam campak dijemur pada matahari pagi

Fakta:

Tidak disarankan kerana menyebabkan dehidrasi dan boleh menyebabkan komplikasi lebih serius.

Dalam kes demam virus, badan sangat memerlukan air mencukupi selain membantu menangani demam, batuk dan selesema.

MINUM air kelapa disarankan untuk bantu nutrisi.
MINUM air kelapa disarankan untuk bantu nutrisi.

2.Minum air kelapa dan susu kambing

Fakta:

Disarankan untuk bantu membekalkan nutrisi kerana dalam tempoh sakit, kebiasaannya selera makan merosot.

Andai dua air ini boleh diambil pesakit, teruskan memberi supaya dapat membantu dalam proses pemulihan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Februari 2023 @ 6:20 AM