ORANG ramai tidak ketinggalan menghadiri karnival kesihatan sempena sambutan Hari AIDS Sedunia.
ORANG ramai tidak ketinggalan menghadiri karnival kesihatan sempena sambutan Hari AIDS Sedunia.
NG merasmikan karnival kesihatan sempena sambutan Hari AIDS Sedunia anjuran PKD Petaling dan MBSJ.
NG merasmikan karnival kesihatan sempena sambutan Hari AIDS Sedunia anjuran PKD Petaling dan MBSJ.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


Tanggal 1 Disember setiap tahun ditetapkan sebagai Hari AIDS Sedunia pada 1 Disember setiap tahun.

Tema global yang ditetapkan Joint United Nation Programme on HIV and AIDS (UNAIDS) sempena sambutan Hari AIDS Sedunia tahun ini ialah Equalize: Kesaksamaan untuk kesihatan bagi mengakhiri AIDS.

Ia adalah kempen global untuk bersama menangani ketidaksamaan yang mampu menghalang kemajuan dalam mencapai sasaran bagi mengakhiri epidemik AIDS menjelang akhir tahun 2030.

Di Malaysia, banyak pihak sama ada kerajaan mahupun swasta turut mengadakan pelbagai program kesedaran mengenai AIDS.

Tidak terkecuali pihak berkuasa tempatan, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) yang bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling untuk mengadakan karnival kesihatan sempena sambutan berkenaan.

PELBAGAI aktiviti menarik turut disediakan bagi memeriahkan sambutan itu antaranya zumba.
PELBAGAI aktiviti menarik turut disediakan bagi memeriahkan sambutan itu antaranya zumba.

Menurut Timbalan Pengarah, Jabatan Korporat Dan Pengurusan Strategik MBSJ, Azfarizal Abdul Rashid, usaha bagi mengakhiri AIDS perlu terus dipergiat di mana masyarakat perlu memainkan peranan dalam memberikan galakan kepada populasi berisko supaya menjalani ujian saringan HIV bagi memastikan jangkitan penyakit dapat dibendung.

Katanya, dalam usaha meningkatkan Matlamat Pembangunan Mampan untuk mengakhiri epidemik AIDS menjelang tahun 2030, stigma dan diskriminasi terhadap pesakit dan keluarga terdekat hendaklah dihapuskan dan dilayan tanpa prejudis.

"Justeru, objektif utama penganjuran karnival kesihatan itu adalah untuk memberi kesedaran dan mendidik masyarakat mengenai penyakit AIDS serta kepentingan kesihatan selain menyertai aktiviti riadah yang disediakan.

"Inisiatif itu juga adalah selari dengan Pelan Strategik MBSJ 2020-2025 di bawah Teras Strategik 6 : Pembentukan Masyarakat Madani, Strategik 4 dengan mengalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat dengan Pelan Tindakan : Pemeriksaan Kesihatan Berkala dan Bilangan Program Gaya Hidup Sihat," katanya.

Karnival yang diadakan di Tasik Wawasan Puchong, Selangor itu dirasmikan Ahli Dewan Negeri Kinrara merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han.

Hadir sama, Datuk Bandar MBSJ, Datuk Johary Anuar dan Pegawai Kesihatan Daerah Petaling, Dr Faridah Amin.

ANTARA aktiviti yang disediakan untuk kanak-kanak yang hadir.
ANTARA aktiviti yang disediakan untuk kanak-kanak yang hadir.

Sementara itu, program berkenaan turut menyasarkan penyertaan komuniti daripada pelbagai peringkat masyarakat di sekitar kawasan Subang Jaya, Puchong dan Seri Kembangan.

Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan bagi memeriahkan sambutan itu antaranya zumba, sesi perkongsian informasi kesihatan bersama Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Klana Jaya, Dr Kalaivani Muthu, sembang santai, saringan dan pameran kesihatan.

Selain itu, sesi ramah mesra bersama selebriti Riben Merah, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, explorace dan jualan trak makanan turut disediakan kepada orang ramai.

"Diharap melalui penganjuran program seperti ini dapat menggalakkan komuniti dan penduduk sekitar untuk sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat serta menitikberatkan aspek kesihatan.

"Ia sekali gus merealisasikan Pelan Tindakan Bandar Sihat MBSJ," katanya.

Untuk itu, masyarakat tidak kira umur dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan jauhi tingkah laku berisiko yang boleh menjejaskan kesihatan diri serta individu yang disayangi.

MENGALAKKAN  komuniti dan penduduk sekitar untuk sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat serta menitikberatkan aspek kesihatan.
MENGALAKKAN komuniti dan penduduk sekitar untuk sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat serta menitikberatkan aspek kesihatan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 Disember 2022 @ 6:20 AM