GAYA sopan dan sederhana.
GAYA sopan dan sederhana.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


SEIRING demografik yang semakin berkembang, busana sopan kini semakin mendapat tempat dalam kalangan penggemar fesyen tanah air.

Busana sopan bukan sahaja terhad kepada wanita Islam semata-mata, malah pasarannya juga semakin meluas.

Tidak hairan jika sudah semakin banyak jenama berusaha menggabungkan fesyen sopan dengan trend dan rekaan terkini.

Selain memastikan kos pembuatan masih berpatutan, usaha mereka untuk kekal peka mengenai perubahan trend fesyen semasa wajar mendapat pujian.

Justeru, bagi memberi kepelbagaian dalam industri fesyen khususnya busana sopan di Malaysia, ZUCCA menampilkan pelbagai rekaan menarik untuk dimiliki.

Ia juga berhasrat untuk menjauhi stereotaip bahawa busana sopan selalunya tidak 'trendy' sambil memperjuangkan slogan mereka 'You Deserve to Shine.'

Selain itu, ia turut menawarkan pelbagai pilihan busana sopan moden yang mampu milik, kontemporari dan berkualiti tinggi.

REKAAN yang menawan hati ramai wanita dan ‘fashionista’.
REKAAN yang menawan hati ramai wanita dan ‘fashionista’.

WALAUPUN dalam gaya kasual, rekaan selesa, sederhana dan mengikut aliran fesyen terkini.
WALAUPUN dalam gaya kasual, rekaan selesa, sederhana dan mengikut aliran fesyen terkini.

Rekaannya sesuai untuk golongan muda urban di Malaysia yang menggemari pakaian praktikal harian.

Daripada baju blaus ala Korea, ke seluar palazzo dan skirt labuh berlisu, koleksi busananya penuh gaya tanpa menjejaskan kualiti fabrik serta elemen kesopanan.

Walaupun dalam gaya kasual, rekaannya selesa, sederhana dan mengikut aliran fesyen terkini.

Pengasas bersamanya, Erica Yap berkata, matlamat jenama itu adalah untuk menawan hati orang ramai dan 'fashionista' Malaysia.

"Bayangkan sekiranya ada dua jenis baju, satu ialah blaus panjang berpetak-petak dan satu lagi blaus floral daripada material kain kapas bercorak batik.

"Mungkin lebih ramai yang lebih menyukai blaus batik floral itu disebabkan aura retronya ataupun materialnya yang lebih selesa dan kami boleh terus menghasilkan lebih banyak rekaan serupa untuk memastikan pelanggan kami dapat apa yang mereka mahukan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Oktober 2022 @ 7:01 AM