BERPELUH menyebabkan rasa kurang selesa.
BERPELUH menyebabkan rasa kurang selesa.
Nurul Husna Mahmud


DUA bahagian yang tidak berpeluh adalah tapak kaki dan tapak tangan.

Selebihnya kulit iaitu organ terbesar manusia mengalami proses berkenaan bagi memastikan kesihatan manusia.

Dengan berpeluh, sistem ini boleh membantu mengekalkan suhu badan dengan baik selain menjadi organ perkumuhan penting iaitu menyingkirkan toksin keluar dari badan.

Tidak hairan usai proses berpeluh, bau kurang menyenangkan dan ada beberapa langkah boleh dilakukan bagi individu yang mudah berpeluh.

1. Gunakan fabrik yang boleh menyerap peluh dengan baik dan ringan

Kapas antara material disarankan kerana membantu penyerapan peluh yang lebih baik. Elak mengenakan pakaian jenis polimer yang tidak menyerap peluh selain tebal seperti fabrik bulu.

Jika anda jenis kuat berpeluh, pastikan membawa pakaian tambahan terutama ketika bersenam atau melakukan aktiviti harian yang berat.

Dalam pilihan baju juga digalakkan menggunakan material warna gelap berbanding putih kerana bimbang dengan warna kekuningan kesan dari air peluh.

GUNAKAN deodoran sesuai.
GUNAKAN deodoran sesuai.

2. Pilih pewangi badan atau deodoran sesuai

Tiada pilihan lain yang lebih baik untuk mengatasi bau peluh dengan penggunaan deodoran.

Biarpun ada beberapa pandangan tidak menyarankan penggunaan deodoran, namun anda boleh menanganinya dengan memilih deodoran yang tidak mengandungi bahan kimia seperti 'paraben' dan 'parfum.'

3. Elak makanan pedas atau tinggi kandungan rempah

Satu kajian unik menjelaskan makanan pedas boleh merangsang pengeluaran kadar perpeluhan lebih tinggi.

Situasi itu sama seperti sedang panik atau melakukan aktiviti intensiti tinggi. Sebaiknya kurangkan makanan pedas jika tahu tahap toleransi pedas terhadap makanan sedemikian.

MANDI lebih kerap bagi mereka kuat berpeluh.
MANDI lebih kerap bagi mereka kuat berpeluh.

4. Mandi

Mandi dan menggunakan sabun antara kaedah boleh membantu menyingkirkan peluh baik baik atau minyak (sebum).

Namun jika terlalu kerap mandi sehingga menyebabkan kulit kering, itu juga memberi masalah kepada kulit.

Sebaiknya laraskan rutin mandi ikut keperluan dan tahap peluh.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Oktober 2022 @ 6:35 AM