BERSAMA 10 finalis Wanita Ikon Malaysia 2022.
BERSAMA 10 finalis Wanita Ikon Malaysia 2022.
Muhamaad Razis Ismail


Seramai 10 pemenang wanita ikon peringkat negeri bakal bersaing bagi merebut gelaran Wanita Ikon Malaysia 2022 Oktober ini.

Presiden Kelab Wanita Ikon Malaysia (KWIM), Datuk Normaziah Shiekh Mohamed berkata, program anjuran KWIM dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) itu bertujuan memberi pengiktirafan kepada seorang wanita yang boleh dijadikan inspirasi serta idola kepada wanita lain.

"Sebanyak 242 pencalonan diterima sejak pencarian peringkat negeri bermula Mac lalu dan 73 calon berjaya pada peringkat saringan pertama.

"Seterusnya, 42 calon terpilih ke peringkat akhir Anugerah Wanita Ikon Negeri dan hanya 10 pemenang Wanita Ikon Negeri terpilih untuk ke tahap ini," katanya pada program Anugerah Wanita Ikon Malaysia (AWIM) 2022 baru-baru ini.

Dalam program itu, 10 wanita ikon peringkat negeri diperkenalkan kepada jemputan.

NORMAZIAH
NORMAZIAH

Sementara itu, Wanita Ikon Melaka 2022, Mazvin Jahabardeen mengakui teruja apabila terpilih sebagai finalis ke peringkat akhir.

Katanya, program ini dapat dijadikan sebagai platform untuk memberi inspirasi kepada wanita untuk menjadi individu yang mampu memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.

"Sebenarnya kerja sukarelawan dan kebajikan sudah sebati dengan jiwa sejak sekian lama. Apabila terpilih sebagai Wanita Ikon Melaka 2022, saya anggap ini adalah tanggungjawab dan amanah yang besar untuk membantu lebih ramai wanita serta komuniti," katanya.

MAZVIN
MAZVIN

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 September 2022 @ 6:12 AM