REKAAN untuk si kecil juga boleh dipadankan dengan baju ibu untuk lebih bergaya di pagi lebaran.
REKAAN untuk si kecil juga boleh dipadankan dengan baju ibu untuk lebih bergaya di pagi lebaran.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


PENUH nosltagia. Tampil dengan koleksi pakaian raya yang sarat dengan seni halus renda dan sulaman, Pooplook jelas mempunyai cara tersendiri untuk memperingati nostalgia Melayu dahulu kala.

Menerusi kolekai Gemalai, rekaan kebaya labuh yang ringkas dihiasai 'scallop hem' di bahagian bawah hingga ke potongan kurung yang minimal ditampilkan sebagai pilihan untuk wanita bergaya di pagi lebaran.

Apa yang menariknya, rekaan koleksi itu turut dihiasi dengan sulaman 'eyelet' yang menarik, membawa si pemakai ke masa lampau.

Semua helaian di dalam koleksi berkenaan menggunakan fabrik campuran kapas semula jadi dan linen rayon, rekaan sempurna untuk cuaca tropika Malaysia yang hangat.

Pemilihan rona kuning mentega, beri gelap, kabus biru dan hijau tua juga sesuai untuk semua peringkat umur.

Jika mahukan gaya yang lebih glamor, Koleksi Nusantara paling sesuai dijadikan pilihan.

GAYA yang lebih glamor daripada koleksi Nusantara.
GAYA yang lebih glamor daripada koleksi Nusantara.

HADIR dalam pelbagai warna dan rekaannya juga menarik perhatian.
HADIR dalam pelbagai warna dan rekaannya juga menarik perhatian.

Tema utama untuk koleksi itu adalah Shine and Sparkle dengan menampilkan fabrik jacquard, taburan kristal dan dihiasi mutiara serta labuci.

Ia hadir dalam pelbagai warna dan rekaannya juga menarik perhatian.

Mengambil inspirasi daripada pemandangan tempatan, set di dalam koleksi itu juga dinamakan sempena bandar dan pulau di Malaysia.

Sementara itu, untuk meraikan keindahan cetakan dalam fabrik, jenama itu menampilkan koleksi The Palma.

Untuk merealisasikan impian suasana percutian yang indah, pereka jenama itu mencipta cetakan tangan eksklusif di dalam variasa rona lembut dan pastel.

REKAAN menarik koleksi Gemalai.
REKAAN menarik koleksi Gemalai.

Fabrik drape di dalam bayangan yang airy menghasilkan gaya chic dan moden.

Daripada gaya potongan kurung pendek yang menarik perhatian hingga kurung labuh longgar di lengkapi sentuhan scallop hem, rekaan koleksi itu mencipta gaya feminin namun moden di musim perayaan.

Jika anda bertubuh gempal, jangan risau kerana koleksi jenama itu tersedia sehingga saiz 4XL.

Untuk kanak-kanak, saiz yang tersedia adalah antara setahun hingga 12 tahun.

Lebih istimewa, set pakaian untuk si kecil juga boleh dipadankan dengan baju ibu untuk lebih bergaya di pagi lebaran.

PENAMPILAN lebih bermakna di pagi lebaran.
PENAMPILAN lebih bermakna di pagi lebaran.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 April 2022 @ 7:00 AM