PETUGAS PKRC turut menerima sumbangan.
PETUGAS PKRC turut menerima sumbangan.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


KEMPEN MAGGI Sah Malaysia: 50 Tahun Bersama yang dilancarkan pada Ogos lalu kini berakhir dengan pengagihan kit makanan kepada isi rumah golongan B40 yang memerlukan

Sejumlah 50,000 kit makanan diedarkan kepada golongan berkenaan, wira dan wirawati petugas barisan hadapan di seluruh Malaysia.

Kit makanan itu mengandungi barangan makanan yang diperlukan dan diagihkan kepada isi rumah yang memerlukan, sebagai sebahagian dari iltizam berterusan Nestle Malaysia dalam membantu rakyat Malaysia sepanjang pandemik ini.

Pengagihan kit makanan itu turut mendapat kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dan

Persatuan Empayar Kebajikan Malaysia (Empire Project), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang membantu golongan gelandangan.

Selain itu, aktivis Uncle Kentang turut membantu dengan perkhidmatan pengangkutan.

Pegawai Eksekutif Perniagaan, Makanan, Nestle (Malaysia) Berhad Geetha Balakrishna berkata, pihaknya bersyukur dapat meneruskan initiatif yang dimulakan sejak tahun 2020 itu.

Kata Geetha, tujuan utama inisiatif itu adalah untuk membantu keluarga yang memerlukan dalam menyediakan hidangan, berpatutan dan lazat dengan menggunakan produk jenama terbabit.

"Penggunaan produk kami dan penambahan bahan-bahan segar termasuk protein serta sayur-sayuran dapat membantu dalam menghasilkan hidangan yang seimbang.

"Kami kekal komited menghulurkan bantuan kepada lebih ramai keluarga dan isi rumah bagi membantu mereka mengadaptasi realiti baharu," katanya.

Sementara itu, Pengerusi BSMM Kuala Lumpur merangkap Naib Pengerusi Kebangsaan,

Datuk Sri Suhaimi Yacob berkata, pihaknya berharap dengan adanya bantuan itu ia sedikit sebanyak dapat meringankan beban masyarakat.

PENGAGIHAN kit makanan di PPR Batu Muda.
PENGAGIHAN kit makanan di PPR Batu Muda.

"Ia juga sebagai sebahagian daripada inisiatif kami yang sentiasa membantu rakyat terutama di musim pandemik Covid-19 ini.

"Diharapkan kami dapat lagi bekerjasama pada masa akan datang meneruskan usaha yang murni ini," katanya.

Selain produk MAGGI, penerima bantuan turut diberikan produk dari jenama Nestle lain termasuk NESTUM, Nestle EVERYDAY dan MILO selain produk jenama rakan kongsi Jasmine Food Corporation Sdn Bhd.

Kit makanan berkenaan secara tidak langsung dapat membantu sejumlah 50,000 isi rumah dari golongan B40 di seluruh Malaysia dalam menyediakan hidangan yang berpatutan, lazat dan seimbang,

Antara penerima adalah penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ayer Panas, PPR Desa Rejang, PPR Sungai Bonus, Flat Danau Kota, PPR Pekan Batu serta mereka yang berdaftar di bawah pengagihan awam di Bandar Baru Puchong.

Kit makanan berkenaan turut diagihkan ke golongan B40 di kawasan luar bandar seperti di Baling, Kedah; Kota Bharu, Kelantan; Seremban, Negeri Sembilan; Jerantut, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, bagi menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan dalam membantu kerajaan memerangi pandemik Covid-19, MAGGI dan Nestle turut menyumbang makanan dan minuman bernilai lebih RM240, 000.

Sumbangan itu diedarkan kepada petugas kesihatan di 18 hospital serta Pusat Kuaratin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Perak, Sabah dan Sarawak.

Antara penerima sumbangan termasuklah Hospital Pulau Pinang, Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Hospital Queen Elizabeth, Hospital Umum Sarawak, Hospital Bintulu, PKRC MAEPS Serdang dan PKRC Gelanggang Seni.

Semua pengagihan barangan dan kit makanan terbabit mematuhi langkah-langkah keselamatan selaras dengan garis panduan nasional.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 January 2022 @ 6:30 AM