Muhamaad Razis Ismail


KEBIMBANGAN melampau, bukanlah satu perkara yang mudah ditangani.

Situasi ini pasti membuat individu itu berdepan rasa gementar, tertekan dan kegelisahan yang ditimbulkan oleh kebimbangan.

Menerusi perkongsian Edison Institute of Nutrition terdapat beberapa herba yang boleh digunakan untuk melegakan kebimbangan dan memberi ketenangan kepada anda.

1. Ashwagandha

Ashwagandha sering digunakan untuk membantu mengimbangi hormon secara semula jadi. Ia terbukti berjaya membantu meredakan tekanan. Banyak kedai makanan kesihatan menawarkan kapsul ashwagandha.

LAVENDER digunakan untuk membantu menangani keresahan.
LAVENDER digunakan untuk membantu menangani keresahan.

2. Chamomile

Ia sudah lama digunakan sebagai makanan tambahan. Ia berfungsi untuk membantu merawat pelbagai isu seperti kebimbangan, kemurungan dan insomnia. Ia sesuai apabila dibancuh ke dalam teh, kerana ia memberikan perasaan yang menenangkan tetapi tidak membuat anda terlalu letih.

3. Lavender

Lavender mempunyai sejarah panjang digunakan untuk membantu menangani keresahan. Ia mampu membantu merawat serangan panik, kerengsaan, kegelisahan dan ketegangan. Untuk merawat kebimbangan, gunakan minyak pati lavender dan peresap sepanjang hari. Selain itu, anda meletakkan kantung lavender kering di bawah bantal untuk membantu mendapatkan ketenangan ketika tidur.

LEMON balm berkesan membantu mengurangkan kortisol, meningkatkan mood anda.
LEMON balm berkesan membantu mengurangkan kortisol, meningkatkan mood anda.

4. Lemon balm

Ia mempunyai sifat menenangkan dan terbukti berkesan mengurangkan kortisol dan meningkatkan mood. Ini menjadikannya agak berkesan untuk membantu menangani kebimbangan.

5. Valerian

Ia antara bahan yang sering digunakan dalam teh untuk sebelah malam. Ini kerana ia bagus untuk membantu anda tidur selain boleh membantu menurunkan tekanan darah dan kortisol serta membantu meredakan kebimbangan. Ia boleh didapati dalam bentuk kapsul tetapi juga dikatakan berkesan apabila digunakan dalam teh.

CHAMOMILE berfungsi membantu merawat pelbagai isu seperti kebimbangan, kemurungan dan insomnia.
CHAMOMILE berfungsi membantu merawat pelbagai isu seperti kebimbangan, kemurungan dan insomnia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 January 2022 @ 6:30 AM