BAWA beberapa barang keperluan boleh kurangkan ragam mereka dalam kenderaan.
BAWA beberapa barang keperluan boleh kurangkan ragam mereka dalam kenderaan.
JANGAN ketinggalan bawa bersama beberapa permainan dan buku cerita sebagai hiburan mereka ketika dalam kenderaan.
JANGAN ketinggalan bawa bersama beberapa permainan dan buku cerita sebagai hiburan mereka ketika dalam kenderaan.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


BERITA yang ditunggu-tunggu! Kebenaran merentas negeri yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Ahad lalu pastinya disambut gembira oleh rakyat negara ini.

Pastinya ramai yang sudah merancang merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman bertemu keluarga selepas lebih setahun terpisah kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain itu, rakyat juga sudah bebas merentas negeri untuk melancong dan sebagainya.

Bagi ibu bapa yang merancang untuk melakukan perjalanan jauh tidak kira untuk pulang ke kampung atau bercuti bersama keluarga, jangan lupa melakukan persediaan awal.

Lebih-lebih lagi jika mempunyai anak kecil kerana perjalanan yang berjam-jam lamanya akan terasa begitu mencabar dengan ragam mereka.

Persediaan awal dengan membawa beberapa barang keperluan si kecil bukan sahaja boleh mengurangkan ragam mereka ketika berada dalam kenderaan, malah membantu melancarkan perjalanan.

Sebelum memulakan perjalanan, pastikan mereka dimandikan terlebih dahulu dan pakaikan pakaian serta lampin pakai buang yang selesa.

PERJALANAN jauh agak mencabar bila ada anak kecil.
PERJALANAN jauh agak mencabar bila ada anak kecil.

Jangan ketinggalan juga untuk membawa bersama beberapa permainan yang digemari terutama patung beruang kesayangan dan buku cerita sebagai hiburan mereka ketika dalam kenderaan.

Jika kenderaan anda memiliki alat pemain cakera padat, jangan ketinggalan membawa koleksi cerita kartun yang mereka gemari.

Lebih penting, jangan ketinggalan membawa bersama bekalan susu, air panas dan makanan yang mudah untuk disediakan kerana anda mungkin tidak dapat berhenti di perhentian rehat kerana ia dipenuhi orang ramai.

Pilih makanan seperti bubur mudah bancuh yang boleh disediakan terus dalam kenderaan.

Selain itu, pastikan anda membawa kudap-kudapan seperti biskut beras atau buah-buahan lembut jika si kecil anda sudah boleh mengunyah dan tumbuh gigi.

Kudap-kudapan itu boleh mengurangkan kebosanan si kecil yang berada lama dalam kerusi mereka.

PASTIKAN barangan kelengkapan si kecil dibawa secukupnya.
PASTIKAN barangan kelengkapan si kecil dibawa secukupnya.

Beg ubat-ubatan kecemasan yang mengandungi termometer, paracetamol, minyak angin, krim lampin, 'cool fever' dan sterimar (untuk hidung tersumbat) juga perlu dibawa bersama.

Akhir sekali, pastikan barangan kelengkapan si kecil seperti lampin pakai buang, baju, tuala, botol susu, tisu basah, air minum, susu formula (jika tidak menyusu badan), mandian, pencuci botol susu dan sebagainya dibawa secukupnya.

Nampak renyah, namun percaya jika semua barangan berkenaan dibawa bersama, perjalanan dan percutian anda bersama si kecil lebih lancar serta tenteram.

Biar orang kata, angkut barang balik satu kereta asalkan anda tidak perlu berkejar ke pasar raya untuk mendapatkan barangan keperluan si kecil kesayangan.

KUDAP-KUDAPAN boleh menghilangkan kebosanan si kecil ketika dalam kenderaan.
KUDAP-KUDAPAN boleh menghilangkan kebosanan si kecil ketika dalam kenderaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Oktober 2021 @ 6:20 AM