KEKURANGAN air dalam badan boleh menyebabkan komplikasi yang teruk antaranya strok haba.
KEKURANGAN air dalam badan boleh menyebabkan komplikasi yang teruk antaranya strok haba.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


NEGARA kini mengalami Monsun Barat Daya yang menyebabkan cuaca panas dan kering hingga pertengahan September depan.

Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan cecair yang menggalakkan perkumpulan air kencing seperti minuman berkafein, kopi, teh dan air berkarbonat ketika cuaca panas.

Ini kerana, pengambilan minuman berkenaan boleh menyebabkan individu akan kerap membuang air kecil mengakibatkan badan kekurangan cecair.

Seeloknya, minum jus buah-buahan yang tidak mengandungi gula.

Bagi membekalkan air yang cukup untuk badan, tidak semestinya hanya minum sehingga dua liter air kosong.

Sebaliknya, ia boleh diperoleh daripada pelbagai sumber seperti buah-buahan atau makanan lain.

Amalkan pengambilan buah-buahan yang mengandungi banyak air seperti tembikai, betik dan tembikai susu manakala sayur-sayuran yang sesuai adalah seperti tomato, timun dan sawi.

Untuk masakan pula, boleh nikmati secara kerap hidangan seperti sup, singgang, tumis air dan masak pindang untuk meningkatkan pengambilan air dalam badan.

NIKMATI secara kerap hidangan seperti sup, singgang, tumis air dan masak pindang untuk meningkatkan pengambilan air dalam badan.
NIKMATI secara kerap hidangan seperti sup, singgang, tumis air dan masak pindang untuk meningkatkan pengambilan air dalam badan.

Boleh juga diamalkan meminum lima gelas jus buahan-buahan dan lima gelas air kosong kerana selain membekalkan air, buah juga boleh membekalkan nutrien lain seperti sodium, potassium dan vitamin C.

Dalam pada itu, golongan berumur 50 tahun ke atas dikatakan lebih mudah terdedah kepada dehidrasi kerana faktor umur yang meningkat menyebabkan mereka berasa kurang haus.

AMALKAN air kosong dan air buah.
AMALKAN air kosong dan air buah.

Cara mudah untuk mengetahui sama ada badan mengalami dehidrasi atau tidak ialah memeriksa air kencing kerana kencing yang pekat menunjukkan badan kekurangan air.

Selain itu, apabila melekapkan bibir atas dan bawah jika ia melekit, seperti terkena air gula, itu bermakna badan mengalami dehidrasi.

Masalah kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan komplikasi yang teruk antaranya strok haba.

BUAH pinggang gagal berfungsi dengan baik jika kekurangan air dalam badan.
BUAH pinggang gagal berfungsi dengan baik jika kekurangan air dalam badan.

Kekurangan air dalam badan juga boleh menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi dengan baik.

Tekanan darah rendah yang disebabkan masalah dehidrasi juga berbahaya kerana bekalan darah ke organ akan semakin berkurangan dan menyebabkan organ dalam badan gagal untuk berfungsi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Ogos 2021 @ 6:50 AM