BAHAGIAN ketiak juga perlu detoks.
BAHAGIAN ketiak juga perlu detoks.
Nurul Husna Mahmud


BAU badan mungkin masalah biasa terutama apabila individu sibuk dengan rutin harian dan mula berpeluh.

Namun bau badan boleh mendatangkan rasa tidak selesa dan menjadi punca kepada rasa rendah diri terutama apabila berada dalam khalayak ramai.

Salah satu bahagian badan sangat berkait rapat dengan bau dan rasa kurang selesa ialah bahagian ketiak dikatakan menjadi punca kepada bau badan.

Apatah lagi jika individu itu sering mengenakan deodoran dan juga minyak wangi di bahagian itu tetapi apabila tidak memakainya membuatkan gejala bau lebih ketara.

Bau badan yang kuat juga dikatakan petanda bagi kandungan toksin dalam badan yang cukup tinggi.

BERUS lembut digunakan pada ketiak untuk cuci dan urutan lembut.
BERUS lembut digunakan pada ketiak untuk cuci dan urutan lembut.

Selain berpeluh bagi mengeluarkan toksin daripada tubuh, proses detoksifikasi antara amalan kebanyakan orang dengan menghasilkan minuman daripada bahan semula jadi.

Namun tidak ramai mengetahui rupanya bahagian ketiak juga boleh didetoksifikasi dengan kaedah menghasilkan pupur bagi menghilangkan kesan bau berkenaan.

BANCUHAN cuka epal dan bahan lain seperti pupur untuk detoks ketiak.
BANCUHAN cuka epal dan bahan lain seperti pupur untuk detoks ketiak.

Ketiak juga perlu detoksifikasi terutama apabila individu menggunakan deodoran bagi menyingkir bau peluh seharian.

Kandungan pewangi dikatakan mengandungi bahan kimia boleh juga meninggalkan toksin dan menyebabkan implikasi bau badan lebih teruk.

MINYAK kelapa dara melembutkan kulit dan memulihkan.
MINYAK kelapa dara melembutkan kulit dan memulihkan.

Justeru lima gejala pada ketiak menandakan bahagian tubuh terbabit perlu detoksifikasi. Antaranya:

BAHAN kimia dalam deodoran memberi kesan sampingan terhadap kesihatan ketiak termasuklah bau badan lebih kuat.
BAHAN kimia dalam deodoran memberi kesan sampingan terhadap kesihatan ketiak termasuklah bau badan lebih kuat.

1. Apabila anda tidak selesa tidak mengenakan deodoran meskipun berada di rumah. Penggunaan deodoran pada awalnya berfungsi untuk hilangkan bau boleh memberi komplikasi sampingan lebih teruk menerusi bahan kimia seperti paraben, silika dan sebagainya.

2. Badan mengeluarkan bau yang kuat. Meskipun baru sahaja mandi atau menukar pakaian, bau masih dapat dihidu.

3. Ketiak ada bonjolan atau mula gatal. Gatal adalah satu gejala menunjukkan berlaku radang pada kulit apabila adanya jangkitan bakteria.

4. Nod limpa pada bahagian ketiak membengkak dan menjadi lembut.

5. Penggunaan deodoran semula jadi mendatangkan implikasi gatal.

Kaedah detoksifikasi di bahagian ketiak berbeza dengan menggunakan kaedah minuman detoks. Ia menggunakan bancuhan bahan alami untuk dijadikan tekstur pupur.

Sebelum menggunakan pupur berkenaan, cuci terlebih dahulu bahagian ketiak dengan berus lembut. Meskipun langkah ini tidak wajib tetapi ini membantu pengaliran darah selain menyuntik elemen menenangkan kulit di bahagian berkenaan.

Gunakan pupur detoks berkenaan untuk tempoh antara 15 hingga 30 minit bergantung kepada keselesaan individu. Bilas dengan air suam.

Ketika melakukan rawatan detoks ini elak gunakan deodoran semalaman untuk memberi kesan lebih baik. Sebaiknya guna deodoran semula jadi selepas melakukan rutin detoks. Ulang kekerapan rutin dalam tempoh dua hingga enam minggu.

Penyediaan bahan detoks ketiak:

Ramuan:

- Satu sudu besar cuka epal

- Satu sudu besar serbuk tanah liat (tanah liat betonit)

- Dua sudu besar air

- Dua sudu besar minyak kelapa dara

- Minyak aroma lavender atau oren

Kaedah:

Campurkan semua bahan untuk jadi tekstur seperti pupur.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Julai 2021 @ 6:20 AM