KAYA dengan protein yang baik untuk badan.
KAYA dengan protein yang baik untuk badan.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


TEMPE antara makanan tradisi masyarakat Jawa yang turut digemari segenap lapisan masyarakat di negara ini.

Makanan yang dihasilkan daripada proses penapaian kacang soya itu dipelbagaikan dalam pelbagai jenis masakan dan ia juga boleh dimakan begitu sahaja.

Kandungan nutrisi protein di dalam tempe dikatakan lebih berkualiti berbanding kacang soya kerana kadar protein yang larut dalam air akan mengakibatkan meningkatnya aktiviti enzim proteolitik.

Enzim proteolitik dapat memecahkan rantai panjang protein menjadi zat yang dapat dicernakan dengan mudah oleh tubuh.

Ia juga mengandungi lemak yang lebih sedikit, karbohidrat, serat, kalsium, fosfor, zatbbesi, tiamin, riboflavin, niacin, asid pantotenat, piridoksin, biotin, vitamin B12, dan retinol yang jauh lebih banyak dibandingkan dengan daging.

MAKANAN tradisi masyarakat Jawa yang banyak khasiat.
MAKANAN tradisi masyarakat Jawa yang banyak khasiat.

Selain itu, tempe juga kaya dengan kalsium, mengandungi antioksidan serta dan keradangan.

Lebih mengujakan, tempe juga dikatakan dapat membantu mencegah hipertensi.

Jadi, jangan lupa mengambil tempe dalam menu harian anda kerana ia mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan badan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Julai 2021 @ 6:30 AM