Tekanan
Tekanan
Hafiz Ithnin


DALAM situasi kini akibat peningkatan kes baru pandemik Covid-19, ramai antara yang mengalami tekanan hidup.

Banyak faktor yang menyebabkan perkara itu berlaku dan antara yang paling tertekan adalah mereka yang kehilangan punca pendapatan.

Justeru, hari Wanita Metro (WM), berkongsi beberapa tip yang mungkin boleh membantu anda sekiranya berlaku tekanan dalam kehidupan seharian.

1. Berkongsi masalah

Jangan bersifat berdiam diri atau menelan segala masalah itu berseorangan. Cari rakan-rakan atau individu yang paling anda percayai untuk berkongsikan masalah.

Ketika ini terdapat pelbagai saluran untuk berkongsi masalah termasuk menghubungi talian sokongan psikologi yang anda boleh bercerita mengenai tekanan dihadapi.

Berkongsi
Berkongsi

2. Mencipta hobi baharu

Jika anda seorang yang tidak mempunyai hobi, apa kata cipta aktiviti baharu untuk melupakan tekanan yang dihadapi.

Mungkin sebelum ini, anda tidak pandai memasak dan dengan mula melakukan eksperimen pelbagai masakan, ia mungkin boleh membantu melepaskan tekanan.

Bersenam
Bersenam

3. Bersenam

Aktiviti bersenam sememangnya dapat memberi kesan yang baik kepada mental dan fizikal. Jika anda sebelum ini, bukan seorang yang aktif bersenam, apa kata mulakan aktiviti itu sedikit demi sedikit seperti berjalan laju terlebih dahulu kemudian mula berlari.

Banyak aktiviti senaman yang boleh dilakukan bukan sahaja di luar rumah tetapi di dalam rumah. Letakkan sasaran tertentu seperti ingin mencapai 10,000 langkah sehari.

Aktiviti bersenam seperti larian sememangnya dapat membantu melepaskan tekanan.

4. Anda antara orang yang disayangi

Jika merasa tertekan dan ingin bertindak di luar kawalan, sentiasa ingat kepada diri sendiri bahawa anda antara insan istimewa yang diberi ujian kerana anda mampu melawannya.

Selain itu, jangan bertindak di luar kawalan kerana terdapat insan di sekeliling yang masih sayang dan rindukan kehadiran anda.

5. Mendekatkan diri dengan agama

Agama adalah tiang dalam kehidupan dan mendekatkan diri dengan Tuhan boleh membantu meringankan tekanan.

Jangan tinggalkan solat kerana ia dapat menjadikan diri anda kuat untuk melawan sebarang dugaan hidup.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Jun 2021 @ 6:30 AM