RUANG rehat  dilengkapi sofa dan lukisan yang menceriakan.
RUANG rehat dilengkapi sofa dan lukisan yang menceriakan.
Muhamaad Razis Ismail


RUMAH Ronald McDonald ketiga kini mula beroperasi di Hospital Tunku Azizah yang sebelum ini dikenali sebagai Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur.

Dengan bayaran hanya RM15 semalam, rumah penginapan sementara ini dapat memenuhi keperluan keluarga pesakit kanak-kanak dari luar Kuala Lumpur sekali gus membantu meringankan beban kewangan mereka.

Terletak di tingkat 10 kompleks parkir hospital itu, rumah ini dilengkapi dengan 20 bilik keluarga yang mampu memuatkan sehingga 80 penghuni, ruang makan, ruang rehat, dapur, bilik dobi, surau, dan ruang permainan, serta kemudahan lain.

Lokasinya yang strategik, iaitu di tengah bandar Kuala Lumpur membolehkan penghuni menikmati keindahan pemandangan bandaraya pada waktu malam.

Apa yang penting, rumah ini menawarkan persekitaran kondusif dan selesa kepada pesakit ketika menjalani pemulihan dan lokasinya di kawasan hospital memudahkan pesakit mendapatkan rawatan dan berada dekat dengan keluarga mereka.

Dua lagi Rumah Ronald McDonald terletak di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM-UKM) di Kuala Lumpur di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) di Kubang Kerian, Kelantan.

Presiden Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malays

ia (RMHC Malaysia) Azmir Jaafar berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam pembinaan dan pembangunan semua Rumah Ronald McDonald.

"Pembiayaan semua rumah ini adalah daripada hasil sumbangan pelanggan McDonald's menerusi kotak duit syiling RMHC yang terdapat di lebih 300 restoran McDonald's di seluruh negara dan sumbangan daripada warga kerja, rakan niaga serta francaisi McDonald's.

RUMAH Ronald McDonald mula beroperasi di Hospital Tunku Azizah
RUMAH Ronald McDonald mula beroperasi di Hospital Tunku Azizah

"Terima kasih atas kemurahan hati anda semua terhadap misi kami untuk mengubah kehidupan anak-anak Malaysia.

"RMHC Malaysia akan terus memperjuangkan keperluan anak-anak Malaysia melalui dana yang kami terima daripada rakyat Malaysia yang pemurah," katanya dalam satu kenyataan media, baru-baru ini.

Beliau yang juga Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia berkata, pihaknya komited untuk menyediakan kemudahan yang memanfaatkan masyarakat.

SUASANA surau yang disediakan di rumah berkenaan.
SUASANA surau yang disediakan di rumah berkenaan.

"Kami berharap melalui kerjasama berterusan dengan Kementerian Kesihatan, terutamanya hospital yang mempunyai bilangan pesakit yang tinggi, kami dapat terus mengotakan janji kami untuk memastikan keluarga sentiasa berada dekat melalui inisiatif Rumah Ronald McDonald ini".

Sementara itu, Pengarah Hospital Tunku Azizah Dr Shamsul Anuar berkata, Rumah Ronald McDonald di premis hospital akan memberi ketenangan fikiran kepada lebih 20,000 keluarga terutama golongan B40 yang berulang alik ke hospital ini setiap tahun.

TERDAPAT 20 bilik keluarga di Rumah Ronald McDonald
TERDAPAT 20 bilik keluarga di Rumah Ronald McDonald

"Rumah ini akan meringankan beban kewangan keluarga dari luar Kuala Lumpur yang memerlukan tempat penginapan dan pengangkutan ketika menemani anak-anak mereka di hospit

al," katanya

.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Jun 2021 @ 7:00 AM