PROFIL psikologi pemakai boleh digambarkan melalui keadaan dan jenis pemakaian. - FOTO Google
PROFIL psikologi pemakai boleh digambarkan melalui keadaan dan jenis pemakaian. - FOTO Google
Nurul Husna Mahmud


PENYELIDIK di University of Kansas di Amerika Syarikat mendapati penilaian karakter individu berdasarkan kasut yang digayakan amat tepat.

Ia berdasarkan satu eksperimen yang dijalankan membabitkan 63 pelajar secara rawak dengan kaedah pelajar berkenaan dikehendaki melihat gambar 200 pasang kasut dan meneka profil psikologi yang sepadan.

Gambaran kasut seperti yang haus atau berimej lusuh biasanya dikaitkan dengan personaliti santai dan relaks, kasut yang berkilat dengan potongan tirus pula digambarkan dengan personaliti amat menjaga penampilan selain takut dipinggirkan.

Begitu juga dalam satu kajian lain berkenaan kasut yang menerangkan hubung kait antara populariti dengan pemakaian kasut bertumit.

Penemuan unik ialah majoriti berpendapat ciri-ciri tumit yang tirus seperti stileto adalah pelambangan kepada daya tarikan dan seksi kepada wanita.

Malah, dikatakan rekaan sedemikian bertujuan memacu 'gist' feminim yang mana apabila mereka mengenakan kasut potongan stileto akan membantu mencantikkan gaya berjalan terutama hanyunan pada bahagian bawah badan.

Kesimpulan baik individu mengenakan kasut bagi keperluan dan penggayaan seharian mahupun yang melihat orang lain menggayakan potongan kasut tertentu biasanya boleh menganggarkan personaliti atau keterampilan masing-masing.

Secara tidak langsung fungsi kasut bukan semata-mata keperluan pemakaian seharian bagi melindungi kaki semata-mata. Tapi, boleh mempengaruhi perlakuan dan sikap seseorang apabila mengenakannya. Berikut beberapa potongan kasut dengan padanan karakter pemakainya:

LOAFER iaitu kasut sarung yang mempunyai perincian menggambarkan pemakainya seorang yang sangat mementingkan kesempurnaan. - FOTO Google
LOAFER iaitu kasut sarung yang mempunyai perincian menggambarkan pemakainya seorang yang sangat mementingkan kesempurnaan. - FOTO Google

Kasut but bertumit

Dikatakan mereka mengenakan kasut jenis ini mempunyai ciri kepimpinan atau gemar mengetuai

dalam sesuatu kelompok. Fitrahnya mereka ini suka mengawal kerana ciri-ciri kasut itu yang memegang kemas dan kukuh memberi refleksi bahawa kukuh serta mapan.

Antara ciri-ciri lain ialah mereka juga suka menjadi tumpuan orang ramai selain mempunyai pendirian tegas.

Kasut larian

Seperti mana tujuan kasut itu direka bagi membantu mengoptimumkan jarak dan mengurangkan masa, begitu juga ciri-ciri peminat gaya kasut ini apabila dikatakan individu yang 'goal oriented' atau mempunyai sasaran jelas dalam kehidupan mereka.

Jadi, mereka ini biasanya seorang yang berkeyakinan tinggi, sangat tersusun dan mempunyai pelbagai strategi apabila mengetuai sesuatu tugasan. Pendek kata individu ini seorang yang 'multitasking' atau boleh melakukan pelbagai

tugas atau peranan dalam suatu masa.

Kasut sarung tapak rata (flat shoes)

Ciri-ciri sederhana, tetapi mempunyai elemen formaliti menjadikan peminat gaya kasut ini memiliki sifat sangat merendah diri, tetapi mempunyai kredibiliti baik dalam profesyen atau pembawaan diri.

Mereka ini digambarkan 'orang kuat' belakang tabir yang mana bekerja keras menjayakan peranan dan tanggungjawab diri dalam menyokong organisasi, keluarga, masyarakat atau negara.

Personaliti ini tidak mengharapkan penghargaan, sebaliknya mempunyai ciri-ciri murah hati selain sorang yang sangat fokus.

RAMAI berpandangan pemakai stileto seorang yang mempunyai daya tarikan dan seksi. - FOTO Google
RAMAI berpandangan pemakai stileto seorang yang mempunyai daya tarikan dan seksi. - FOTO Google

SELIPAR gaya hidup bebas. - FOTO Google
SELIPAR gaya hidup bebas. - FOTO Google

Selipar

Rekaan yang terbuka memberi maksud kebebasan. Itu sekali gus memberi maksud individu yang menggunakan selipar tidak gemar kepada tekanan, tidak suka terikat selain mempunyai gerak kerja bukan kaedah konvensional.

Mereka ini juga sukakan lakukan sesuatu secara spontan selain gemar melakukan perkara yang luar dari kebiasaan kerana mereka berasa kehidupan tiada peraturan!

Kasut sarung tertutup penuh dengan sedikit tumit (loafer)

Bentuk kasut yang bertutup penuh, tetapi mempunyai potongan bulat atau tirus di hadapan mencerminkan setiap perincian mempunyai peranan penting dalam memberi keselesaan kepada pemakai.

Tidak hairan jika pemakai sepatu jenis ini digambarkan seorang yang mementingkan kesempurnaan dan kental. Jadi, baik dalam hubungan atau karier, dia pejuang yang sanggup berhabis-habisan.

Karakter yang dimiliki individu sepatu jenis 'loafer' adalah sangat bertanggungjawab, tersusun dan dikatakan seorang yang setia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Mei 2021 @ 6:44 AM