CONTOH gaya sendondon tetapi masih memenuhi keperluan baik kanak-kanak atau dewasa.
CONTOH gaya sendondon tetapi masih memenuhi keperluan baik kanak-kanak atau dewasa.
Nurul Husna Mahmud

Tidak dinafikan perayaan Aidilfitri tahun ini diraikan dalam suasana sederhana apabila masing-masing 'berkurung' di rumah sebaik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan semula sejak 12 Mei lalu di seluruh negara.

Demi mengekang penularan pandemik Covid-19, suasana raya perlu dirai secara selamat apabila tiada aktiviti kunjung-mengunjung dilakukan selain tiada kesempatan menikmati juadah raya tetangga mahupun kenalan dekat.

Melihat kepada situasi itu, pasti kebanyakan daripada kita memilih untuk berpakaian ala kadar atau 'tangkap muat' kerana terpaksa meraikan raya seperti kelaziman.

Namun bagi Perunding Imej Profesional Atiqah Halim, mengenakan busana atau penggayaan busana raya meskipun dalam suasana beraya bersama keluarga atau ketika di rumah dapat membantu memberi pemikiran dan emosi yang baik terhadap individu.

Memilih pakaian sesuai dan cantik digayakan pada 1 Syawal berupaya membangkitkan aura positif bukan sahaja terhadap diri selain beri kesan kepada persekitaran terutama contoh buat anak-anak.

"Tidak dinafikan mungkin ramai yang 'demotivate' (kurang semangat) apabila terpaksa beraya sendirian atau hanya bersama suami dan anak-anak pada Syawal kali ini, tetapi tidak bermakna anda tidak boleh berbual atau bercakap mengenainya menerusi panggilan telefon.

KANAK-kanak ceria ketika 1 Syawal.
KANAK-kanak ceria ketika 1 Syawal.

"Kini ada panggilan video atau perbualan 'interface' jadi masih ada kesempatan bersemuka dan orang boleh nampak apa yang kita pakai serta gayakan," katanya.

Kata Atiqah lagi, kebiasaan individu akan ubah dekorasi atau tukar perabot dan langsir rumah untuk 'vibe' lebih positif dan segar, 'suntikan' semangat raya juga boleh dilakukan menerusi penampilan.

"Kesilapan orang kita apabila berkurung dan tidak keluar rumah, mereka akan terus 'setkan' di minda tidak perlu pakai cantik-cantik kerana bukan orang nampak.

"Sedangkan di rumah atau ketika

bersama suami dan anak-anak, itulah peluang atau detik bermakna untuk mereka kongsi mengenai suasana raya.

"Tidak kurang pula bagi yang bersendirian pula cara menyerlahkan nilai gaya 'wardrobe' atau keterampilan dapat dibezakan antara ketika keraian merujuk pada bulan raya atau pada rutin hari biasa.

ATIQAH menyifatkan penggayaan busana boleh menyuntik mood positif pada suasana tertentu.
ATIQAH menyifatkan penggayaan busana boleh menyuntik mood positif pada suasana tertentu.

"Kesilapan ramai orang buat seawal mereka beli baju untuk raya adalah mahu gaya itu boleh disesuaikan apabila mereka bekerja.

"Kesimpulannya baju raya tidak boleh difikirkan sebagai baju untuk bekerja. Tujuannya sudah berbeza dan akan timbul konflik ketika penggayaan Aidilfitri.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 Mei 2021 @ 7:00 AM