KOLEKSI selendang Dove.
KOLEKSI selendang Dove.
Fairul Asmaini Mohd Pilus

JENAMA busana santun terkenal, CalaQisya tampil berkolaborasi dengan Kumpulan Walt Disney untuk melancarkan koleksi menarik, kaftan dan selendang berlatar belakangkan filem terbaharu, Raya And The Last Dragon.

Filem itu memaparkan kembara seorang puteri Asia bernama Raya yang mula dipertontonkan di layar perak pada Mac lalu.

Koleksi kaftan itu hadir dalam lima cetakan warna berlatarkan pemandangan yang dipaparkan dalam filem berkenaan.

Antaranya kaftan Petunia, Rosewater, Blossom, Potpourri dan Stellar.

Selain itu, empat warna selendang bercetak, Artic, Dove, Periwinkle dan Taffy juga menarik untuk dimiliki.

Ia hadir dalam bungkusan eksklusif CalaQisya x Disney bersama getah rambut (scrunchies).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yana Khairudin berkata, peluang bekerjasama dengan jenama antarabangsa seperti Disney adalah sesuatu yang diidamkan banyak jenama tempatan.

KAFTAN Petunia yang memaparkan pemandangan dalam filem berkenaan.
KAFTAN Petunia yang memaparkan pemandangan dalam filem berkenaan.

MOTIF cetakan tersendiri kaftan Stellar.
MOTIF cetakan tersendiri kaftan Stellar.

Justeru, apabila jenama itu berjaya melakukannya, ia adalah pencapaian yang cukup membanggakan.

"Filem Disney yang menggembirakan hati sudah menjadi sebahagian daripada zaman kanak-kanak dan walaupun sudah meningkat dewasa, kami masih menonton filem keluaran syarikat itu.

"Kerjasama ini adalah pencapaian yang akan dikenang sepanjang hayat," katanya.

Menurut Yana lagi, cetakan yang dipilih cukup lembut dan jika teliti, akan kelihatan latar belakang yang ada dalam filem Raya and The Last Dragon.

Kata Yana, sama seperti ketika menonton filem itu, setiap rekaan dalam koleksi berkenaan hadir dengan perincian halus yang cukup akrab dengan kehidupan di Asia Tenggara.

"Akhirnya, ada seorang puteri Disney yang mewakili 'orang kita,' itu saja sudah memadai untuk mengeluarkan koleksi yang bertemakan Raya and The Last Dragon.

SELENDANG bercetak yang melengkapkan lagi penampilan wanita.
SELENDANG bercetak yang melengkapkan lagi penampilan wanita.

SELENDANG Taffy sesuai dipadankan dengan baju blaus panjang.
SELENDANG Taffy sesuai dipadankan dengan baju blaus panjang.

SELENDANG Artic yang menarik.
SELENDANG Artic yang menarik.

"Apabila kami tahu yang penulis skrip filem itu adalah rakyat Malaysia, memang tiada alasan untuk tidak meneruskan impian kolaborasi ini," katanya.

Filem itu berkisar kembara seorang pahlawan wanita yang merentasi lokasi mistikal Kumandra untuk mencari naga bongsu dunia.

Ia mengetengahkan nilai kepercayaan sebagai aspek penting untuk membawa keharmonian kepada dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Mei 2021 @ 7:00 AM