PARKINSON adalah penyakit kemerosotan saraf berkaitan usia.
PARKINSON adalah penyakit kemerosotan saraf berkaitan usia.
Muhamaad Razis Ismail


KINI, terdapat lebih daripada 20,000 rakyat Malaysia menghidap penyakit parkinson dan angka ini dijangka meningkat kerana Malaysia bakal menjadi negara yang lanjut usia.

Sempena Hari Parkinson Sedunia baru-baru ini, amatlah penting untuk kita memahami bagaimana penyakit ini boleh mendatangkan impak yang signifikan dalam kehidupan mereka yang terjejas akibatnya, terutamanya dari segi Aktiviti dalam Kehidupan Seharian (ADL).

Pengarah Jualan dan Pemasaran Disposable Soft Goods Sdn Bhd, Daigo Fujiwara berkata, penyakit parkinson adalah penyakit kemerosotan saraf berkaitan usia yang kedua paling lazim selepas penyakit alzheimer.

"Pesakit parkinson akan mengalami kesukaran untuk mula atau berhenti bergerak, dan mengawal pergerakan halus seperti menggenggam pen dan menulis, serta mudah jatuh, menyukarkan mereka untuk melakukan ADL.

"Ekspresi wajah mereka juga boleh menjadi keras sekali gus menjejaskan kebolehan mereka untuk berkomunikasi secara bukan verbal," katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

Selain itu, penghidap parkinson juga mungkin mengalami simptom seperti kesukaran mengunyah, menelan dan bercakap, perubahan mood seperti depresi dan bersikap acuh tak acuh, masalah tidur, masalah kulit, masalah kognitif dan sembelit.

Tambahnya, satu lagi simptom penyakit parkinson adalah inkontinens urinari, di mana pesakit tidak dapat mengawal pengeluaran air kencing disebabkan gangguan dalam komunikasi antara otak dan pundi kencing kerana paras dopamin yang rendah.

Jenis inkontinens urinari yang mungkin dihadapi pesakit parkinson adalah inkontinens desakan dan nokturia.

"Inkontinens desakan berlaku apabila pesakit tiba-tiba terasa ingin membuang air kecil namun tidak dapat mengawal diri dan terkencing sebelum sampai ke tandas.

MEMERLUKAN penjagaan rapi.
MEMERLUKAN penjagaan rapi.

"Nokturia adalah apabila pesakit perlu bangun dan membuang air kecil dengan terlalu kerap pada sebelah malam ketika sedang tidur," katanya.

Daigo berkata, inkontinens urinari boleh memberi impak negatif kepada kesihatan mental dan sosial seseorang.

"Pesakit sering berasa malu, ingin mengasingkan diri dari orang ramai, berasa keseorangan hilang kawalan, mengalami masalah imej tubuh badan dan mengehadkan aktiviti sosial di luar rumah," katanya.

Beliau berkata, sebagai permulaan, pesakit boleh 'melatih' pundi kencing mereka dengan mengamalkan rutin kerap ke tandas, contohnya selepas setiap waktu makan.

"Mereka perlu mengelakkan dari meminum sebarang minuman dalam masa dua jam sebelum waktu tidur, meminimumkan pengambilan kafein, minuman bergas dan alkohol kerana semua ini boleh merangsang penghasilan air kecil.

"Memakai pakaian yang kurang butang atau zip dan boleh ditanggalkan dengan mudah turut membantu pesakit parkinson yang menghadapi kesukaran dari segi pergerakan dan inkontinens urinari," katanya.

Selain itu, terdapat pelbagai produk yang boleh didapati untuk mereka yang mengalami inkontinens urinari untuk membantu menguruskan masalah ini. Ia termasuklah alas katil, pelindung tilam, sarung inkontinens lelaki, serta tuala wanita dan seluar inkontinens.

Katanya, produk seperti lampin dewasa CERTAINTY khususnya, direka khas berdasarkan paras mobiliti dan tahap inkontinens urinari seseorang, yang berguna terutamanya bagi mereka yang menghidap penyakit Parkinson dan inkontinens urinari.

SIMPTOM inkontinens urinari memberi kesan kepada psikologi pesakit.
SIMPTOM inkontinens urinari memberi kesan kepada psikologi pesakit.

"Berdasarkan konsep penjagaan ADL yang mempunyai enam tahap (ADL 0-5), CERTAINTY membantu pengguna memilih empat jenis lampin dewasa berdasarkan tahap pergerakan mereka iaitu CERTAINTY DryPants dan CERTAINTY SuperPants dikhususkan untuk mereka yang boleh berjalan dan bergerak dengan mudah atau dengan bantuan pergerakan yang minimum.

"CERTAINTY MaxPants pula adalah untuk pesakit yang memerlukan bantuan untuk bergerak manakala CERTAINTY Tape direka khas untuk pesakit yang terlantar di katil," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Mei 2021 @ 6:40 AM