LATAR suasana kembali ke kampung.
LATAR suasana kembali ke kampung.
Hartini Mohd Nawi


SEMPENA sambutan Aidilfitri, pusat beli-belah Sunway Pyramid meraikan pengunjungnya dengan latar suasana balik ke kampung.

Bertemakan Ikatan Mesra Raya, Sunway Malls (Rangkaian Pusat Beli-Belah Sunway) memanfaatkan konsep medium pengangkutan dan latar Aidilfitri untuk mengimarahkan suasana balik kampung yang tidak dapat dirasai ramai orang pada detik ini.

Di Sunway Pyramid, pengunjung dapat mengamati pengalaman yang sarat nostalgia menerusi replika Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di LG2 Orange Concourse hingga 30 Mei depan.

Oleh kerana R&R antara lokasi tumpuan pengguna lebuh raya, Sunway Pyramid berganding bahu dengan Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) untuk berkongsi tip bagi menjamin pemanduan yang lancar sebagai persediaan untuk merentas negeri selepas sempadan antara negeri dibuka semula kelak.

Bagi memberi ganjaran kepada pengunjung sempena musim lebaran ini, Sunway Pyramid juga berkolaborasi dengan syarikat automotif tempatan, Proton untuk menghadiahkan SUV popular keluarannya, Proton X70 yang hadir dengan aneka ciri-ciri pintar.

ANTARA perkhidmatan yang ditawarkan.
ANTARA perkhidmatan yang ditawarkan.

Ia menerusi perbelanjaan minimum RM100 dalam satu resit, pengunjung berpeluang membuat penyertaan untuk memenangi jentera baharu ini. Di samping itu, anda yang membelanjakan minimum RM250 akan dihadiahkan baucar e-tunai F&B, pek Garrett TM Popcorn Festive, set L'OCCITANE En Provence dan Laneige sepanjang kempen terbabit.

Pengurus Besar Sunway Pyramid, Jason Chin berkata, pihaknya ingin mewujudkan suasana yang dapat membuat pengunjung berasa seperti didampingi insan tersayang walau di mana jua mereka berada menerusi pelbagai tawaran menarik serta pengalaman membeli-belah yang selamat dan memudahkan.

RASAI pengalaman membeli-belah yang sarat nostalgia.
RASAI pengalaman membeli-belah yang sarat nostalgia.

"R&R ini yang menyingkap pengalaman perjalanan balik kampung. Pengunjung boleh mengisi waktu mereka dengan membeli barangan yang diinginkan, termasuk berehat dan bersantai.

"Kenderaan klasik, papan tanda jalan, gazebo dan gerai didirikan untuk mewujudkan suasana yang menyerupai perhentian berkenaan di samping pelbagai tarikan yang lain untuk dinikmati," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Mei 2021 @ 6:17 AM