MAMPU membancuh kopi seperti barista kafe.
MAMPU membancuh kopi seperti barista kafe.
HM Digital

MENERUSI kemajuan teknologi terkini yang digunakan dalam mesin kopi NESCAFÉ Dolce Gusto Genio S, anda kini boleh menikmati pelbagai kopi ala kafe di rumah pada kos yang jauh lebih rendah.

Mesin kopi Genio S Touch dan Genio S Plus membolehkan pengguna menyesuaikan cita rasa kopi masing-masing dengan hanya satu sentuhan butang.

Menerusi mesin ini, anda boleh menggunakan kapsul kopi NESCAFÉ Dolce Gusto dan STARBUCKS At Home yang menawarkan pelbagai rangkaian pilihan, daripada kopi hitam ke kopi susu serta minuman berperisa coklat.

Dalam masa kurang dari satu minit, anda boleh menikmati secawan kopi kegemaran anda dengan mudah.

Rangkaian Genio S menggabungkan fungsi, kemudahan dan kemampuan dalam satu mesin kopi yang ringan, elegan dan sesuai untuk diletakkan di mana-mana ruangan dalam rumah.

Ia juga boleh didapati dalam pelbagai warna dan kemasan yang boleh disesuaikan dengan cita rasa dan hiasan rumah anda, termasuk Genio S Touch dalam warna perak metalik serta Genio S Plus dalam warna hitam atau merah.

Kini tiba masanya untuk menyerlahkan kemahiran anda sebagai seorang barista. Setiap mesin kopi NESCAFÉ Dolce Gusto Genio S disediakan dengan tiga ciri baharu yang menarik.

MESIN kopi NESCAFÉ Dolce Gusto Genio S.
MESIN kopi NESCAFÉ Dolce Gusto Genio S.

Teknologi inovatif Espresso Boost meningkatkan keamatan kopi untuk rasa kopi yang lebih pekat. Dari suhu bilik sehingga ekstra panas, anda juga boleh mengubah suai suhu minuman kopi ala kafe mengikut cita rasa tersendiri dengan menggunakan fungsi pilihan suhu.

Mesin automatik NESCAFÉ Dolce Gusto Genio S Touch mempunyai fungsi skrin sentuhan penuh. Manakala Genio S Plus dilengkapi dengan gelang kawalan LED intuitif yang mengawal paras air untuk menyediakan minuman yang serba sempurna setiap kali.

Pegawai Eksekutif Perniagaan NESCAFÉ Malaysia, Othman Chraibi berkata, pengalaman kafe di rumah kini boleh dinikmati dengan lebih mudah tanpa sebarang kompromi terhadap kualiti, kemudahan dan rasa kopi yang seakan-akan di kafe.

"Mesin kopi yang baru dilancarkan ini kini boleh didapati di platform e-dagang termasuk Lazada dan Shopee dan kedai barangan elektrik serta gedung serbaneka. Rangkaian terbaharu ini juga boleh didapati di pasar raya terpilih di seluruh Malaysia," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 April 2021 @ 6:41 AM