PERISA tart nanas inspirasi biskut raya kegemaran Mira.
PERISA tart nanas inspirasi biskut raya kegemaran Mira.
HM Digital

RANGKAIAN aiskrim artisanal tempatan, Inside Scoop bekerjasama dengan selebriti kesayangan ramai, Mira Filzah untuk merealisasikan pilihan perisa aiskrim baharu sempena meraikan Aidilfitri tahun ini.

Menerusi kolaborasi itu, perisa baharu yang digemari Mira Filzah iaitu aiskrim tart nanas dan kek aiskrim tart nanas diperkenalkan bagi memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri.

Ia diiinspirasikan daripada kuih raya kegemaran Mira iaitu tart nanas. Selain itu, orang ramai juga boleh mencuba keenakan aiskrim tart nanas dan 'Banoffee Pie' serta kek tart nanas gergasi.

KOLEKSI istimewa raya Mira’s Buffet Kit yang menyediakan empat perisa aiskrim istimewa.
KOLEKSI istimewa raya Mira’s Buffet Kit yang menyediakan empat perisa aiskrim istimewa.

Bagi yang ingin lebih pilihan, koleksi istimewa raya Mira's Buffet Kit yang menyediakan empat perisa aiskrim istimewa iaitu 'Banoffee Pie', tart nanas, 'Dark Chocolate Butterscotch' dan onde-onde sesuai dijadikan pilihan.

Set Raya Bundle yang membolehkan penggemar aiskrim memilih dua jenis perisa pilihan pula sesuai untuk individu.

Selain kek tart nanas, anda juga boleh mencuba keenakan kek onde-onde istimewa.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 April 2021 @ 6:42 AM