ABDUL Razak (kanan) menunjukkan produk sejuk beku. FOTO Rohanis Shukri
ABDUL Razak (kanan) menunjukkan produk sejuk beku. FOTO Rohanis Shukri
Muhamaad Razis Ismail


PENERIMAAN masyarakat terhadap makanan sejuk beku semakin meningkat berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini.

Pengerusi KOPETRO Food Sdn Bhd, Datuk Abdul Razak Hussain berkata, norma baharu menyebabkan ramai dalam kalangan ibu bapa bekerja dari rumah untuk mencegah penularan pandemik Covid-19.

"Oleh kerana hampir semua ahli keluarga berada di rumah, ibu bapa cenderung memilih makanan sejuk beku sebagai hidangan.

"Hal ini kerana ia lebih cepat dan murah namun kesegarannya serta khasiatnya masih dikekalkan.

"Buktinya ketika PKP dilaksanakan, pemintaan terhadap produk sejuk beku jenama LengQuas mendapat sambutan menggalakkan," katanya di Dapur Setempat KOPETRO, Seri Kembangan, Selangor.

Menurutnya, sebelum ini ramai bimbang memilih makanan sejuk beku yang dikatakan menggunakan bahan pengawet untuk mengekalkan kesegarannya.

"Di sini, kami sentiasa pastikan kualiti produk yang dihasilkan tanpa menggunakan sebarang bahan pengawet.

PROSES pembungkusan produk dilakukan dengan teliti. FOTO Rohanis Shukri
PROSES pembungkusan produk dilakukan dengan teliti. FOTO Rohanis Shukri

"Menerusi menggunakan teknologi 'blast freezer', kami 'menidurkan' bakteria dengan menyejukkannya sehingga -18 darjah Celsius, sekali gus dapat mengekalkan kesegaran, rasa, ketahanan dan nutrisi makanan yang dihasilkan," katanya.

Beliau berkata, semua produk berkenaan mendapat pengiktirafan pensijilan Analisis

Bahaya dan Kawalan Titik Kritikal (HACCP) dan Amalan Pengilangan Baik (GMP) daripada bahagian keselamatan dan kualiti makanan (BKKM) Kementerian Kesihantan Malaysia selain pensijilan Halal, MESTI dan Buatan Malaysia.

MAKANAN disejukkan pada suhu -18 darjah Celsius. FOTO Rohanis Shukri
MAKANAN disejukkan pada suhu -18 darjah Celsius. FOTO Rohanis Shukri

"Pada masa sama, kami merancang menembusi pasaran antarabangsa seawal suku kedua tahun ini.

"Kami berusaha mendapatkan sijil Perakuan Kesihatan Veterinar (VHM) dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi membolehkan produk keluaran dapat dieksport ke luar negara," katanya.

KOPETRO Food memperkenalkan tujuh menu makanan sejuk beku baharu menerusi jenama berkenaan iaitu lima menu tradisional seperti Daging Lemak Kuning, Kari Daging, Asam Pedas Daging, Kuah Kacang dan Daging Dendeng.

Pada masa turut menyajikan dua menu makanan antarabangsa Beef Stew dan Chicken Glaze.

Mengulas lanjut, pihaknya turut menawarkan fasiliti perkhidmatan pengeluaran makanan dan membuka peluang perniagaan kepada pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) untuk bekerjasama dengan KOPETRO Food.

SEBAHAGIAN produk baharu yang dikeluarkan. FOTO Rohanis Shukri
SEBAHAGIAN produk baharu yang dikeluarkan. FOTO Rohanis Shukri

"KOPETRO Food juga sudah melantik 153 ejen jualan di setiap negeri termasuk Selangor, Melaka, Terengganu, Johor dan akan melantik ejen negeri lain untuk mengembangkan lagi pemasaran produk sejuk beku ke seluruh Malaysia," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 January 2021 @ 6:21 AM