Muhamaad Razis Ismail

GELOMBANG Covid-19 menuntut masyarakat di negara ini mengamalkan norma baharu untuk mengekang penularan pandemik ini daripada terus menular.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menyebabkan kebanyakan masyarakat lebih selesa berada di rumah.

Persoalan timbul adakah pandemik ini turut memberi kesan terhadap amalan pemakanan rakyat Malaysia.

Pengurus Nutrisi Korporat Kumpulan NestlÈ Malaysia, Wong Mei Ching berkata, berdasarkan soal selidik yang dijalankan mendapati tabiat pemakanan masyarakat sehingga kini tidak banyak berubah.

Katanya, tiga perkara utama yang menjadi keutamaan memilih makanan adalah rasa, baik untuk kesihatan dan harga berpatutan.

"Contohnya, ketika pandemik melanda negara, ramai yang mula berhati-hati dan cenderung memilih makanan yang mampu meningkat imuniti dan bekalkan tenaga.

SENAMAN tetap boleh dilakukan di rumah.
SENAMAN tetap boleh dilakukan di rumah.

"Ini juga tempoh yang mencabar kepada ibu yang perlu menyediakan makanan sepanjang masa untuk anak-anak yang bersekolah dari rumah," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Menurutnya, dalam tempoh ini, turut berlaku peningkatan pengambilan snek yang tidak sihat seperti kek dan biskut yang diambil di antara waktu makan utama.

"Pengambilan snek terutamanya makanan ringan yang diambil itu tinggi kandungan gula dan lemak secara kerap akan membawa kesan yang tidak baik.

"Pemakanan yang tidak sihat dikaitkan dengan individu dengan berat badan berlebihan serta bermacam jenis penyakit," katanya.

Jelasnya dalam tempoh yang mencabar ini, pihak Nestle sentiasa mencari kaedah terbaik membekalkan makanan bernutrisi selain terus menggalakkan pengguna menjalani gaya hidup sihat.

"Antaranya menerusi platform media sosial, kita berkongsi resepi masakan untuk menggalakkan pengguna mengamalkan diet yang seimbang.

"Selain itu untuk terus kekal aktif dan sihat, kita menyediakan video MILOÆ? Rentak Aktif Senam Aerobik di Facebook dan YouTube supaya keluarga dapat bersenam bersama di rumah. Pada September lalu, kita anjurkan program Nestle Omega Plus Walk A Million Miles secara virtual yang mendapat sambutan menggalakkan," katanya.

Selain itu, Nestle turut melancarkan beberapa produk baharu untuk memenuhi kehendak pengguna yang mahu menjalani hidup sihat.

KEMPEN amalkan pinggan sihat Malaysia.
KEMPEN amalkan pinggan sihat Malaysia.

"Contohnya, produk MILO Activ-Go Plus Fibre baharu yang memiliki kandungan serat yang lebih tinggi dan hanya menggunakan setengah sudu teh gula tambahan. Selain itu, MILO Nutri Breakfast mengandungi sumber serat sangat penting untuk penghadaman.

"Satu lagi produk Nestum Purple Sweet Potato and Taro yang mengandungi jenis antioksidan dalam kebanyakan buah dan sayur, tinggi vitamin A dan C, sumber serat dan prebiotik inulin," katanya.

Pada masa sama, Nestle turut mengurangkan kandungan gula dan sodium sehingga 45 peratus terhadap 50 produk sedia ada sejak tahun lalu.

"Malah kini di pasaran terdapat 25 produk yang memiliki logo pilihan sihat yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jumlah produk ini akan ditambah dari semasa ke semasa.

"Inisiatif ini diambil untuk memberi pilihan dan memenuhi keperluan pengguna yang memilih makanan lebih sihat," katanya.

Tambahnya pihaknya turut aktif memberi pendidikan untuk memberi kesedaran terhadap penjagaan diet dan gaya hidup sihat.

"Sebagai contoh, kita galakkan pengguna membaca label untuk ketahui kandungan nutrisi. Setiap produk Nestle kita sediakan banyak maklumat untuk bantu pengguna.

"Pelbagai aktiviti turut dianjurkan termasuk membabitkan murid sekolah untuk beri kesedaran mengenai kepentingan pemakanan seimbang dan kekal aktif," katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai terus menjalani gaya hidup sihat dan memilih makanan berkhasiat biarpun perlu berada di rumah sepanjang masa.

"Banyak inisiatif sudah diambil kerajaan dan syarikat untuk tingkatkan kesedaran dan objektif ini tidak akan tercapai sekiranya pengguna tidak bertindak," katanya

.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Disember 2020 @ 6:31 AM