BUKTIKAN wanita boleh terbabit dengan sukan MMA.
BUKTIKAN wanita boleh terbabit dengan sukan MMA.
Muhamaad Razis Ismail

SEKIRANYA tidak mengenalinya dengan rapat, Edilah Nadrah Johany, 27, hanya dianggap wanita biasa.

Dia yang berasal dari Ranau, Sabah itu mengakui perkara berkenaan apabila berada di luar, orang yang tidak mengetahui latar belakang akan terkejut sebaik melihatnya beraksi di gimnasium atau gelanggang.

Memiliki ketinggian kira-kira 154 sentimeter dan berat 52 kilogram, siapa sangka wanita ini sebenarnya atlet sukan seni bela diri campuran (MMA) secara profesional.

Menerusi bakat yang dimiliki, dia berada di peringkat amatur hanya setahun kemudian ditawarkan untuk menyertai peringkat profesional pertamanya di Australia.

Kini, dia menandatangani kontrak di bawah ONE Warrior Series (OWS) untuk bertarung bagi kategori atomweight 52.2 kilogram dan sudah bertarung di beberapa negara termasuk Australia, Singapura dan Jepun.

Anak ketiga daripada enam beradik ini memaklumkan†sejak kecil lagi dia sudah aktif dengan pelbagai aktiviti sukan di sekolah.

KEBERANIAN dan mental yang kuat diperlukan dalam sukan MMA.
KEBERANIAN dan mental yang kuat diperlukan dalam sukan MMA.

MUHAMMAD Danial Akmal (duduk tiga dari kanan) ketika membincangkan isu membabitkan pelajar USIM.
MUHAMMAD Danial Akmal (duduk tiga dari kanan) ketika membincangkan isu membabitkan pelajar USIM.

"Saya sememangnya aktif dengan sukan termasuk menyertai olahraga, memanah dan hoki.

"Malah, ketika berada di tahun empat, saya sudah pelajari seni bela diri tae kwan do," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Menurutnya, minat terhadap sukan MMA ini timbul selepas mengetahui mengenai atlet MMA wanita negara iaitu Ann Osman yang berjaya mengharumkan nama negara menerus sukan itu.

"Ketika itu saya baru sahaja menamatkan pengajian di universiti dan mula mencari maklumat mengenai sukan ini di Internet. Saya tidak sangka ada wanita Malaysia berjaya dalam sukan ini.

"Kemudian saya cuba jalani latihan di gimnasium di mana Ann selalu berlatih sebelum timbul minat terhadap sukan ini," katanya.

LATIHAN yang dijalankan untuk meningkatkan stamina, kecergasan dan kemahiran.
LATIHAN yang dijalankan untuk meningkatkan stamina, kecergasan dan kemahiran.

Edilah berkata, pada mulanya, dia sekadar menjalani latihan MMA ini untuk mengurangkan berat badan dan meningkatkan kecergasan.

"Ramai yang kata, teknik latihan MMA ini dapat membantu kurangkan berat badan dengan cepat. Entah bagaimana selepas jalani latihan, minat mula timbul sebelum saya buat keputusan untuk sertainya secara serius," katanya.

Katanya, untuk menjadi seorang atlet MMA yang berjaya terutama wanita bukan mudah kerana ia menuntut kesabaran, pengorbanan, semangat dan disiplin yang tinggi.

"Bukan mudah untuk menguasai pelbagai seni bela diri termasuk tinju, gusti, Brazilian Jiu-Jitsu dan Muaythai dalam satu masa.

"Latihan perlu dilakukan dengan konsisten untuk kekalkan stamina dan kecergasan selain meningkatkan kemahiran seni bela diri kerana lelaki dan wanita akan buat perkara yang sama. Pemakanan juga perlu dijaga untuk kekalkan berat badan.

"Pada permulaan jalani latihan, saya sendiri pernah menangis, rasa nak marah dan muntah kerana latihan yang cukup 'keras' namun saya kuatkan hati untuk teruskan," katanya.

TIDAK gentar biarpun berdepan dengan lawan yang lebih berpengalaman.
TIDAK gentar biarpun berdepan dengan lawan yang lebih berpengalaman.

KECEDERAAN adalah perkara biasa yang terpaksa dihadapi atlet MMA.
KECEDERAAN adalah perkara biasa yang terpaksa dihadapi atlet MMA.

Pertandingan pertama yang disertai ialah†kejohanan peringkat amatur iaitu Sabah Fight Fest 2017.

"Pada ketika itu, perasaan saya bercampur-baur sebelum pertandingan. Bagaimanapun apabila berada di dalam 'sangkar,' saya jadi bersemangat dan Alhamdulillah†berjaya peroleh kemenangan.

"Selepas setahun berada di peringkat amatur, saya ditawarkan ke profesional di bawah OWS dan berpeluang bertarung dengan atlet MMA di seluruh dunia," katanya.

Jelasnya, sepanjang terbabit secara serius dengan sukan MMA ini, risiko mengalami kecederaan sememangnya tidak dapat dielakkan.

"Antara yang pengalaman tidak boleh lupakan apabila mengalami retak di bawah mata ketika bertarung dengan atlet Korea dalam satu pertandingan di Singapura.

"Biarpun tewas dan alami kecederaan, saya berpuas hati kerana mampu bertahan sehingga pusingan ketiga sebelum keputusan ditentukan menerusi kiraan mata," katanya.

Ditanya mengenai penerimaan keluarga, Edilah mengakui pada mulanya mendapat sedikit tentangan.

"Ibu bapa mana yang tidak risaukan keselamatan anak, tambahan pula saya seorang wanita dengan menjadikan atlet MMA sebagai kerjaya.

PENGALAMAN Muhammad Danial Akmal (kiri) bersiaran langsung dari Auditorium RTM.
PENGALAMAN Muhammad Danial Akmal (kiri) bersiaran langsung dari Auditorium RTM.

"Bagaimanapun, keadaan itu berubah sedikit demi sedikit selepas saya buktikan menerusi pencapaian yang diperoleh dalam pertandingan yang disertai," katanya.

Siapa sangka, Edilah turut bertemu jodoh dengan seorang atlet MMA, Muhammad Noorhisyam Samsudin, 30, dan mereka baharu sahaja mendirikan rumah tangga pada Februari lalu.

"Bibit-bibit perkenalan kami bermula, apabila sering berlatih bersama di gimnasium sebelum timbul keserasian kerana berkongsi minat yang sama.

"Saya bersyukur dengan pembabitan suami dalam sukan ini, dia lebih memahami. Malah dia juga kini menjadi jurulatih saya di gimnasium yang baru dibukanya sejak dua tahun lalu," katanya.

Sebagai wanita, dia mengakui berdepan persepsi kurang senang dalam kalangan segelintir masyarakat yang kurang kefahaman mengenai sukan ini.

"Pada pandangan mereka, sukan ini lebih sesuai kepada lelaki. Namun selepas beberapa atlet wanita berjaya buktikan, kini ia (persepsi) mula berubah menerusi pendedahan yang diberikan," katanya.

Dia berkata, susulan penularan pandemik Covid-19 banyak pertandingan yang sepatutnya disertai terpaksa dibatalkan.

"Untuk sementara waktu, selain terus menjalani latihan di samping berniaga kek secara kecil-kecilan di rumah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 November 2020 @ 7:00 AM