STOKING berwarna dan gambar untuk imej comel.
STOKING berwarna dan gambar untuk imej comel.
Oleh Nurul Husna Mahmud


STOKING bukanlah aksesori pakaian sampingan semata-mata, kerana ia mempunyai elemen penting dari segi keselesaan.

Kalau tidak, masakan setiap aktiviti seperti sukan atau ingin tidur perlu mengenakan material stoking tertentu agar pemakai selesa.

Melihat kepentingan itu, seperti pemilihan pakaian lain seperti baju dalam atau busana harian, anda juga perlu memakai stoking sesuai.

Jika dibuat perbandingan jenis stoking yang wujud dalam pasaran, rupa atau rekaan stoking itu dihasilkan berdasarkan sasaran pemakai dan tujuan.

PADANAN bersama but menyerlahkan lagi penampilan aksesori itu.
PADANAN bersama but menyerlahkan lagi penampilan aksesori itu.

i. Pilihan klasik

Biasanya menggunakan warna neutral sesuai untuk semua jenis pakaian kerana ia pilihan lebih tipikal dan selamat.

Gaya ini sepadan untuk pekerja korporat atau gaya lebih sederhana atau konservatif.

ii. Berwarna dan bergambar

Melihat kepada pengaruh seperti Jepun dan Korea, pilihan terhadap aksesori itu mula berubah dengan tema serta motif berbeza.

Ramai mula sukakan imej comel dan tampil dengan karakter artis popular.

Sesuai untuk kanak-kanak perempuan atau remaja. Wanita muda seperti di awal 20-an juga tidak keberatan apabila mengenakan bersama potongan kasut jenis sniker atau sarung penuh.

GAYA berbeza dengan rekaan stoking berlainan.
GAYA berbeza dengan rekaan stoking berlainan.

iii. Stoking jaring dan renda

Terdapat pilihan material daripada tenunan sederhana, kecil dan besar.

Pemilihan stoking mungkin berubah mengikut keselesaan selain cita rasa pemakainya.

Namun jika tidak berhati-hati terdapat berpandangan serong, kerana ada mengaitkan pemilihan stokin itu dengan tarikan 'sensual' dan aura romantis keterlaluan.

WARNA terang untuk penampilan berani.
WARNA terang untuk penampilan berani.

v. Stoking menggunakan fabrik berkilat

Kadangkala diperlukan untuk dorongan atau suntikan mengenai 'mood' sedang bercuti atau berpesta.

Tetapi ini bagi pemakai begitu yakin dengan penampilan mereka atau menghadiri acara bertema.

STOKING juga perlu material dan sesuai dengan potongan tubuh.
STOKING juga perlu material dan sesuai dengan potongan tubuh.

vi. Tujuan perubatan dan membantu penyembuhan

Dibuat oleh industri perubatan untuk membantu mencegah urat varikos. Biasanya dikenakan wanita mengandung atau berkeperluan seperti pesakit kencing manis memerlukan perlindungan intensif bahagian berkenaan bagi melindungi saraf dan sebagainya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Ogos 2020 @ 6:15 AM