INSPIRASI dua gubahan aromaterapi dari dua artis gubahan, Mohd Zainol dan Fauzi. - FOTO Aizuddin Saad
INSPIRASI dua gubahan aromaterapi dari dua artis gubahan, Mohd Zainol dan Fauzi. - FOTO Aizuddin Saad
Nurul Husna Mahmud


MEMPERINCIKAN rahsia aroma, sebenarnya bau-bauan bunga dan rempah ratus tertentu boleh memberi elemen terapeutik selain merangsang mood tertentu.

Justeru, idea dikongsi dua artis gubahan iaitu Mohd Zainol Abidin dan Fauzi Ab Majid boleh dimanfaatkan pembaca untuk mewujudkan elemen aromaterapi dengan gaya gubahan yang mudah di ruang bilik tidur anda.

Menurut Fauzi Ab Majid, gubahan berelemen kontemporari bukan sahaja ringkas dan menggunakan bahan mudah didapati yang boleh membangkitkan ketenangan apabila diletakkan di sudut tertentu.

"Bagi gubahan kering, mungkin tahan lebih lama bergantung kepada bahan atau agen bau yang anda digunakan. Sementara bagi idea gubahan menggunakan air dan ramuan segar pula, ia mampu bertahan semalaman.

"Anda boleh sesuaikan bahan mengikut cita rasa dan panduan diberikan lebih kepada asas membantu mendapat idea untuk jenis gubahan aromaterapi yang boleh memberi ketenangan apabila tidur," katanya.

Gubahan kontemporari aromaterapi kering oleh Mohd Zainol Abidin.

ILHAM Mohd Zainol bantu mewujudkan aroma menenangkan.  - FOTO Aizuddin Saad
ILHAM Mohd Zainol bantu mewujudkan aroma menenangkan. - FOTO Aizuddin Saad

Bahan-bahan

  • Bakul kayu atau balang kaca.

  • Bunga kering, buah kering atau rempah ratus

  • piring kayu

  • bebola rotan

    Kaedah gubahan:

    1. Letakkan piring kayu di atas bakul kayu.

    2. Letakkan lilin di tengah

    3. Masukkan bunga atau buah kering sudah diwarnakan mengikut susunan warna berasingan atau mahu dicampur. Untuk aroma menarik boleh letakkan rempah seperti bunga cengkih, kulit kayu manis atau bunga lawang.

    4. Letakkan hiasan tambahan seperti bebola rotan.

    5. Boleh diletakkan di meja solek atau di sisi katil.

    Gubahan kontemporari aromaterapi berasaskan air oleh Fauzi Ab Majid.

    HASIL gubahan dikongsi Fauzi. - FOTO Aizuddin Saad
    HASIL gubahan dikongsi Fauzi. - FOTO Aizuddin Saad

    Bahan-bahan

  • Bunga hidup kelopak besar seperti kekwa, ros atau orkid.

  • Balang atau mangkuk kaca.

  • Air

  • Limau sebaiknya limau purut. (5 biji)

    Kaedah gubahan;

    1. Ambil pasu dan isikan air.

    2. Potong limau dan masuk ke dalam air.

    3. Ambil bunga hidup dan letak di permukaan berkenaan. Serikan dengan bunga ros untuk naikkan seri hiasan selain memberi aroma tambahan kepada gubahan terbabit.

    4. Sedia untuk diletakkan di sisi atau lebih baik bersebelahan kepala katil. Ia mampu memberi wangian ke seluruh ruang beradu.

  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Ogos 2020 @ 7:00 AM