KEMPEN ‘Jauh Di Mata, Tetap Beraya’ yang menawarkan tawaran hebat, ‘Jimat Selamat’ sehingga 50 peratus.
KEMPEN ‘Jauh Di Mata, Tetap Beraya’ yang menawarkan tawaran hebat, ‘Jimat Selamat’ sehingga 50 peratus.
Fairul Asmaini Mohd Pilus

WATSONS menawarkan hadiah duit raya menarik, RM1 juta mata ganjaran kepada ahli setianya sempena sambutan Aidilfitri.

Ahli boleh menebus hadiah berkenaan dengan mendaftar di watsons.com.my/promo-membercontest dan 100,000 ahli yang pertama mendaftar masing-masing akan menerima RM10 mata tunai untuk membeli-belah.

Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh berkata, pihaknya mengambil kesempatan itu untuk berterima kasih kepada ahli kerana mempercayai mereka meskipun ketika berdepan saat yang mencabar.

Kata Caryn, Watsons sentiasa menggalakkan pelanggan untuk mengambil langkah keselamatan, menjaga kesihatan dan kekal selamat dalam tempoh ini.

"Kami berharap, ahli boleh membeli-belah barangan kesihatan dan kecantikan mereka dengan penghargaan dan ganjaran yang diberikan, " katanya.

Dalam pada itu, Watsons terus menyebarkan keriangan sepanjang sambutan Aidilfitri kali ini dengan kempen Jauh Di Mata, Tetap Beraya yang menawarkan tawaran hebat, Jimat Selamat sehingga 50 peratus di rangkaiannya di seluruh negara dan menerusi pembelian dalam talian.

Selain itu, ahli juga berpeluang menikmati pelbagai tawaran menarik termasuk pulangan balik RM5 dengan pembelian minimum RM60 di semua rangkaian menerusi kad Touch 'n Go.

Watsons turut menawarkan pelbagai tawaran menarik kepada pelangannya seperti diskaun, promosi Beli 1 Percuma 1, Member Extra dan banyak lagi.

Bagi yang masih mencari pelitup muka, pembersih kuman dan keperluan berkaitan sempena Aidilfitri ini, Watsons sudah menambah bekalan di rangkaiannya.

Sementara itu, sempena sambutan Hari Ibu, hamper istimewa Naturals by Watsons turut disediakan untuk dihadiahkan kepada ibu tersayang.

Pelanggan yang bukan ahli boleh menikmati semua tawaran menarik dan diskaun itu dengan hanya mendaftar di https://www.watsons.com.my/register/main untuk menjadi ahli dengan hanya RM10 dan mendapat mata ganjaran bernilai RM10.

Mata berkenaan akan dikreditkan ke kad pelanggan sebaik sahaja ia diaktifkan.

DUIT raya RM1 juta ringgit untuk ditebus ahli Watsons.
DUIT raya RM1 juta ringgit untuk ditebus ahli Watsons.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mei 2020 @ 6:30 AM