KEMPEN Big LittleThings 2.0 mahu orang ramai kitar semula bekas produk harian. FOTO Ihsan L’occitane Malaysia
KEMPEN Big LittleThings 2.0 mahu orang ramai kitar semula bekas produk harian. FOTO Ihsan L’occitane Malaysia
Nurul Husna Mahmud

SATU pendekatan lestari diambil jenama produk penjagaan diri dan peribadi L'Occitane yang bekerjasama dengan sosial Enterprise, iCYCLE Malaysia apabila bertindak mengumpul botol kosong daripada sebarang produk barang kecantikan untuk dikitar semula sebagai botol baharu menempatkan produk jenama itu.

Menariknya kempen sudah bermula sejak April 2019 itu dikatakan berjaya membantu mengumpul lebih 20 tan sampah terdiri daripada plastik, aluminium, kertas dan besi daripada terbuang di pusat pelupusan.

Inisiatif itu membabitkan L'Occitane serata dunia yang mengambil komitmen untuk menyokong kepada usaha memelihara alam semula jadi selain mengurangkan kesan perubahan iklim dunia. Antara negara terbabit ialah Amerika Syarikat, Britain, Korea, Ireland dan Jepun.

Kempen yang dinamakan Big LittleThings 2.0 itu membolehkan rakyat Malaysia turut serta melakukan amalan mengitar semula bekas kosong daripada produk pembersihan diri, penjagaan muka, rambut dan badan selain wangian serta produk penjagaan rumah.

Namun perlu mematuhi langkah-langkah sebenar termasuk mencuci dan mengeringkan bekas itu sebelum boleh dihantar kepada 18 pusat pengumpulan yang juga rangkaian produk berkenaan serata negara.

Galakan terhadap usaha orang ramai itu, mereka akan menerima tukaran produk apabila mencapai nilai botol terkumpul pada kadar tertentu. Tawaran produk berbeza mengikut jumlah botol yang dihantar orang ramai. Jika mereka melengkapkan satu kitaran tertentu ada tawaran istimewa iaitu produk bersama baucar tunai ditawarkan.

ISIAN semula produk menggalakkan pengurangan penggunaan plastik. FOTO Ihsan L’occitane Malaysia
ISIAN semula produk menggalakkan pengurangan penggunaan plastik. FOTO Ihsan L’occitane Malaysia

KEARAH amalan lestari. FOTO Ihsan L’occitane Malaysia
KEARAH amalan lestari. FOTO Ihsan L’occitane Malaysia

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Mei 2020 @ 6:30 AM