SEDIA untuk dihidangkan. FOTO Ihsan Nadia Sulaiman
SEDIA untuk dihidangkan. FOTO Ihsan Nadia Sulaiman
Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my

MARTABAK antara juadah yang popular dan menjadi pilihan untuk berbuka puasa sepanjang Ramadan.

Jadi tidak hairanlah, apabila terdapat lebih daripada satu premis menjual juadah itu di bazar Ramadan untuk tahun-tahun sebelum ini.

Bagaimanapun disebabkan penularan pandemik Covid-19, bazar Ramadan tahun ini tidak dibenarkan beroperasi.

Oleh itu, Nadia Sulaiman tampil berkongsi resipi untuk menghasilkan sendiri juadah berkenaan di Facebook yang dinamakan Martabak Isi Montoq.

ANTARA bahan-bahan inti martabak. FOTO Ihsan Nadia Sulaiman
ANTARA bahan-bahan inti martabak. FOTO Ihsan Nadia Sulaiman

1.Bahan-bahan untuk inti:

a) 6 keping daging burger

b) 1 biji bawang besar potong dadu

c) 3 ulas bawang putih

d) 1 pek kecil rempah kari daging

e) 1 pek kecil rempah kurma

f) Jintan manis, jintan putih, biji ketumbar, buah pelaga, cengkih, lada putih, kayu manis dan serbuk kunyit yang sudah dikisar

g) Jagung dan kacang pis sejuk beku

h) 4 biji kentang potong dadu kecil.

i) 1 kiub ayam

j) Garam gula secukupnya.

k) 2 biji telur (kacau sebati untuk diletakkan bersama inti martabak)

l) Sedikit tepung dengan air sebagai pelekat kulit popia.

m) Kulit popia

n) Kepingan keju (jika mahu)

MASAK sehingga kentang lembut. Tambah air jika masih keras. FOTO Ihsan Nadia Sulaiman
MASAK sehingga kentang lembut. Tambah air jika masih keras. FOTO Ihsan Nadia Sulaiman

2.Cara masak:

a) Tumiskan bawang yang dipotong dadu hingga naik bau.

b) Masukkan kentang dan daging burger yang dipotong dadu.

c) Masukkan rempah kari dan rempah kurma kacau rata.

d) Kemudian masukkan air dan biarkan sehingga kentang empuk. Masukkan air lagi jika kentang masih keras.

e) Masukkan bahan perasa, kacang pis dan biarkan hingga kering.

f) Akhir sekali masukkan jagung.

g) Selepas inti sejuk balut dengan kulit popia mengikut kreativiti masing-masing.

h) Sebelum bungkus, letakkan telur yang sudah dikacau.

3. Cara balut:

a) Letakkan inti di tengah-tengah kulit popia yang diletak secara menyerong.

b) Masukkan telur yang dikacau tadi di atas inti itu dan lipatkan kulit popia.

c) Gunakan sedikit minyak dan api yang kecil untuk menggoreng.

d) Juadah siap untuk dihidangkan. Boleh disejuk beku untuk digoreng kemudian.

SEJUKKAN sebelum balut. FOTO Ihsan Nadia Sulaiman
SEJUKKAN sebelum balut. FOTO Ihsan Nadia Sulaiman

PROSES membalut inti. FOTO Ihsan Nadia Sulaiman
PROSES membalut inti. FOTO Ihsan Nadia Sulaiman

LETAKKAN di tengah-tengah kulit popia. FOTO Ihsan Nadia Sulaiman
LETAKKAN di tengah-tengah kulit popia. FOTO Ihsan Nadia Sulaiman

NADIA
NADIA

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 April 2020 @ 6:30 AM