Nurul Husna Mahmud

SAAT dinanti-nantikan ketika berbuka semestinya dengan pilihan pelbagai juadah menarik kegemaran seisi keluarga di atas meja.

Bagi ibu yang tugasnya menyediakan hidangan, adakala buntu memikirkan sajian bukan sahaja enak, tetapi mudah disediakan.

Hari ini, satu resipi dikongsikan WM, hasil tangan Hapsah Abdul Rahim yang menjadi antara menu wajib berbuka puasa bersama keluarga.

Kata guru berusia 47 tahun itu, menu berkenaan bukan sahaja mudah disediakan, malah diet seimbang dan enak dinikmati ketika berbuka.

"Pai Shepherd ini mudah kerana bahan-bahannya tidak rumit dan boleh dipelbagaikan variasi protein bagi intinya.

"Daging selain mengandungi protein baik, susu juga salah satu ramuan dalam hidangan ini.

"Biasanya juadah ini memadai buat saya dan keluarga sebagai juadah utama mengenyangkan. Boleh juga menjadi pilihan juadah lengkap buat mereka yang sukakan sajian ringkas dan sihat ketika berbuka," katanya.

Ini kerana penggunaan kentang sebagai lapisan atas pai berkenaan selain pasta dan daging dimasak bersama puri tomato dilengkapi pilihan sayuran baik lobak, tomato segar, jagung atau cendawan boleh dikatakan khasiat lengkap dalam satu hidangan.

HASIL selepas dibakar. FOTO Ihsan Hapsah Abd Rahim
HASIL selepas dibakar. FOTO Ihsan Hapsah Abd Rahim

Berikut langkah penyediaan boleh diikuti:

1. Penyediian lapisan kentang

Bahan-bahannya:

a)Kentang - 6 biji

b)Susu segar Nestle 1/2 cawan

c)Lada sulah 1 camca teh

d)Lada hitam 1 camca teh

e)Kuning telur 1 biji

f)Daun parsley segar/kering 1 sudu besar

g)Garam secukup rasa

BAHAN-bahan yang digunakan. FOTO Ihsan Hapsah Abd Rahim
BAHAN-bahan yang digunakan. FOTO Ihsan Hapsah Abd Rahim

Cara penyediaan:

a)Kentang direbus sehingga lembut. Tos dan lenyetkan.

b)Masukkan bahan lain dan kacau sebati.

2. Untuk bahagian inti atau dasar pai ialah seperti berikut

Bahan-bahannya:

a)Ayam/daging kisar

b)Minyak zaitun

c)Tomato segar -1 biji dipotong dadu

d)Lobak- 1 batang dipotong dadu

e)Bawang Holland - 1 labu dipotong dadu

f)Herba campuran/Oregano 1 camb

g)Secukup rasa Maggi - 2 sudu besar

h)Lada hitam-legam 1 sudu kecil

i)Sos spagetti sudah siap.

j)Cili kisar- 1 sudu besar (laras ikut tahap kepedasan masing-masing)

k)Garam

Cara penyediaan:

a)Panaskan minyak dan tumiskan bawang holland sehingga garing.

b)Masukkan ayam/daging kisar.

c)Kemudian masukkan cili giling atau kisar.

d)Masukkan sayur iaitu lobak dan tomato sudah dipotong. Boleh juga gunakan sayur lain seperti cendawan atau jagung.

e)Kemudian masukkan sos spagetti diikuti serbuk secukup rasa Maggi, herba seperti oregano, lada hitam dan garam secukup rasa.

f)Masak inti sehingga agak kering

KENTANG hendaklah dilenyek. FOTO Ihsan Hapsah Abd Rahim
KENTANG hendaklah dilenyek. FOTO Ihsan Hapsah Abd Rahim

KANDUNGAN susu ditambah pada bahan lapisan kentang. FOTO Ihsan Hapsah Abd Rahim
KANDUNGAN susu ditambah pada bahan lapisan kentang. FOTO Ihsan Hapsah Abd Rahim

INTI diletak pada dasar pai. FOTO Ihsan Hapsah Abd Rahim
INTI diletak pada dasar pai. FOTO Ihsan Hapsah Abd Rahim

DITUTUP dengan lapisan kentang dan sedia dibakar. FOTO Ihsan Hapsah Abd Rahim
DITUTUP dengan lapisan kentang dan sedia dibakar. FOTO Ihsan Hapsah Abd Rahim

3. Sediakan bekas aluminium foil/bekas kaca

Masukkan inti sebagai bahagian bawah dan kemudian lapisan atas ditutupi dengan bahan kentang.

4. Bakar pada suhu 160 darjah celsius selama 20 minit hingga 30 minit.

5. Siap dihidangkan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 April 2020 @ 6:30 AM