BENTO yang dihasilkan Hasnawati.
BENTO yang dihasilkan Hasnawati.
BENTUK karikatur menarik selera anak-anak.
BENTUK karikatur menarik selera anak-anak.
HIDANGAN bekal yang sihat turut diisi dengan sayur dan buah-buahan.
HIDANGAN bekal yang sihat turut diisi dengan sayur dan buah-buahan.
NUR ALISHA MARDHIYAH (kanan) berkongsi bekal bersama kawan di sekolah.
NUR ALISHA MARDHIYAH (kanan) berkongsi bekal bersama kawan di sekolah.
Fazurawati Che Lah


DI laman sosial, ramai ibu yang berkongsi gambar dan menu istimewa untuk dijadikan bekal atau popular dengan nama ‘Bento’ anak-anak mereka di sekolah. Terbukti rutin itu masih diamalkan biarpun arus kemodenan.

Apa jua gaya susunan makanan dalam bekas yang comel, ia bagi menarik perhatian supaya makanan itu habis dijamah anak-anak.

Sekali gus melatih anak-anak berjimat cermat dalam berbelanja sepanjang persekolahan.

Berkongsi pengalaman, ibu muda dari Bukit Beruntung, Rawang, Selangor, Hasnawati Yahaya, 36, berkata, tujuan utama dia menyediakan bekal untuk anak kerana mahu menjimatkan masa pada waktu rehat di sekolah.

“Lebih penting, saya tidak perlu risau dengan apa yang anak-anak makan kerana makanan yang disediakan dari rumah lebih bersih dan selamat.

“Ia juga dapat mengelakkan daripada membeli makanan ‘merapu’ dan tidak sihat,” katanya.

PENYUSUNAN makanan yang menarik dan penuh berkhasiat untuk bekal ke sekolah.
PENYUSUNAN makanan yang menarik dan penuh berkhasiat untuk bekal ke sekolah.

Hasnawati memberitahu tiga anaknya sentiasa dibekalkan dengan makanan ke sekolah sejak tujuh tahun lalu dengan pelbagai makanan seimbang merangkumi karbohidrat, protein, buah-buahan dan sayuran.

Katanya, tiga anaknya yang kini berusia enam hingga 12 tahun tidak malu membawa bekal ke sekolah kerana sudah diterapkan dengan amalan itu seawal usia lima tahun.

Tidak terlepas dengan perubahan gaya penyusunan makanan, Hasnawati juga gemar menyerikannya dengan dekoratif comel.

Bagi ibu dua anak berusia enam dan tujuh tahun dari Sandakan, Sabah, Nur Hafziean Jivito, 31, tahun ini adalah tahun ketiga dia menyediakan bekal untuk anak-anak ke sekolah sejak anak sulungnya, Nur Alisha Mardhiyah Rosli berusia lima tahun.

“Setiap hari, saya akan sediakan bekal makanan dalam kuantiti yang banyak. Saya selalu pesan kepada Nur Alisha Mardhiyah supaya mengajak kawan untuk sama-sama makan bekal dibawa.

ANAK-ANAK Hasnawati yang berumur enam hingga 12 tahun sentiasa membawa bekal ke sekolah.
ANAK-ANAK Hasnawati yang berumur enam hingga 12 tahun sentiasa membawa bekal ke sekolah.

“Dari situ, dia akan belajar untuk berkongsi rezeki, selain membentuk pergaulan yang sihat bersama rakan di sekolah,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Dietetik Hospital Universiti Sains Malaysia (USM), Ruqayyah Muhammad berkata, hidangan yang sesuai untuk dibawa ke sekolah perlu memenuhi konsep Pinggan Sihat Malaysia.

Katanya, hidangan itu mempunyai karbohidrat untuk memberikan tenaga, protein seperti ayam dan telur untuk keperluan otot dan sel tubuh, serat untuk melawaskan penghadaman serta memberikan rasa kenyang yang lebih lama pada anak sehingga tamat waktu persekolahan.

“Pilih makanan kaya dengan bijirin, serat dan protein, tetapi rendah lemak serta gula bagi memastikan paras gula

dalam

darah yang lebih stabil pada anak-anak, selain melambatkan pengosongan perut. Ia membantu anak fokus dengan lebih baik di sekolah.

“Umpamanya sandwic daripada roti mil penuh dan diisi dengan ayam atau ikan bersama sayur-sayuran,” katanya.

NUR HAFZIEAN (berdiri kanan) bersama suami dan anak-anak.
NUR HAFZIEAN (berdiri kanan) bersama suami dan anak-anak.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Februari 2020 @ 6:30 AM