KEKANGAN waktu ada kalanya menyebabkan anda terlupa mengambil sarapan dan ia sememangnya tidak baik untuk kesihatan.

Sarapan penting bagi memastikan anda kekal bertenaga sepanjang hari dan lebih produktif di tempat kerja.

Terbaharu, Herbalceutical (M) Sdn Bhd memperkenalkan NH Soy Series iaitu NH Soy Seeds dan NH Soy Purple, minuman soya yang dihasilkan menggunakan sumber organik.

Penggunaan kacang soya organik yang diiktiraf dan digabungkan dengan biji chia organik, biji selasih dan ubi ungu menambahkan lagi kelazatan dua produk berkenaan.

Protein adalah nutrien penting yang diperlukan tubuh untuk membina dan memperbaiki tisu badan serta sangat diperlukan dalam proses pembesaran dan pertumbuhan kanak-kanak yang optimum.

Kacang soya menyediakan sumber protein yang baik kerana mempunyai gabungan asid amino lengkap, tinggi serat pemakanan dan rendah lemak tepu.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, pengambilan protein soya sebanyak 25 gram (g) setiap hari dapat mengurangkan kolesterol dalam darah.

Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh berkata, adalah penting untuk mempromosikan gaya hidup sihat kepada pelanggan.

Katanya, selain membawa banyak kebaikan untuk setiap kumpulan umur, dua produk terbaharu ini membantu dalam memperoleh kehidupan yang lebih sejahtera.

“Minuman soya selalu menjadi pilihan rakyat Malaysia dan ia membawa banyak kebaikan. Kami gembira dapat bekerjasama dengan NH Soy Series dalam mempromosikan kebaikan semula jadi dalam minuman soya,” kata Caryn.

Anda yang berminat untuk mencuba minuman berkhasiat ini boleh membelinya di kedai Watsons di seluruh negara atau Watsons Online dan aplikasi mudah alih dengan harga RM63.80 (800gm).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Disember 2019 @ 6:10 AM